Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging

Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging -Semua orang suka bila cerita pasal duit. Siapa yang tak suka duit, betul tak? Dengan duit semua boleh buat dan begitulah sebaliknya. Kerana zaman ini zaman duit maka kita tidak dapat lari dari cerita pasal duit.




Begitulah juga yang berlaku dan berlingkar di lubuk hati Sdr Sabree Hussin. Dia nak kita cerita apa saja kisah tentang buat duit dengan blogging. Mari baca kisah yang saya pelajari dari macam-macam bahan samada dari en Google, buku ataupun seminar buat duit dengan blogging.

Secara ringkasnya saya kenal blog pada tahun 2008. Tetapi kerana minat mendalam dalam bidang penulisan, blog saya menjurus kepada penulisan kreatif. Namun begitu saya membuka sebuah blog informasi pada oktober 2011 untuk cuba meraih pendapatan dengan cara mudah melalui blog.

Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging

Masalahnya mudah ke buat duit dengan berblog? Daripada mana kita nak tahu cara buat duit dengan blog? Adakah kita patut memasuki seminar atau kelas khas yang banyak ditawarkan sekarang ni?

Bagi saya buat duit dengan blog memang mudah terutamanya yang mengharapkan pendapatan pasif. Apa yang telah saya pelajari dan praktikkan adalah saya menggunakan program affiliate yang mudah dan tak perlu kerja keras. Hanya promosi sikit-sikit, tampal banner yang disediakan dan tunggu orang klik atau daftar program tersebut. Tak perlu kos, masa yang panjang ataupun susah payah keluarkan modal.

Program affiliate adalah tempat saya mula belajar buat duit dengan blogging. Kemudian barulah saya pasang iklan nuffnang. Dari situ saya mula faham sedikit demi sedikit cara buat duit dengan blog secara konsisten.

Saya berharap satu masa nanti jika masa mengizinkan saya akan mengikuti kelas dan seminar buat duit dengan blog secara rasmi. Saya percaya bahawa untuk menjadi jutawan dengan berblog, saya mesti melakukan pengorbanan dalam pelbagai sudut seperti mengeluarkan modal, meluangkan masa dan bercampur dengan orang-orang yang telah berjaya buat duit dengan berblog.

Berjaya buat duit dengan blog memang nenjadi impian semua blogger.

“Mini contest ini mendapat sokongan penuh blogger Pakar iaitu Titan, Juan dan Suri.”


Read More ....


Post a Comment

6 Comments

  1. okla tu..memang senang dapat duit dengan blog tapi kene banyak masa dengan blog..kalau tak tak jalan nuffnang atau lain-lain..macam nad

    ReplyDelete
  2. Banyak cara kita boleh lakukan untuk buat duit melalui blog.. Apa yang penting kena rajin & ada daya usaha kan? Apa pun, semoga aynora berjaya dengan blog.. ^_^
    UNDIAN IKHLAS ANDA DIPERLUKAN!

    ReplyDelete
  3. Banyak kebaikannya, lagi2 untuk budak skolah mcm lia, kalo nak pape, tkde la menyusahkan parents sbb boleh guna duit tu ^^

    Btw, akk, jom join GA lia, ade 30 hadiah ^^

    http://najaha-abdillah.blogspot.com/2013/09/duo-giveaway-by-amilia.html

    ReplyDelete
  4. banyak lagi gua kena belajar nih..

    ReplyDelete
  5. Saya juga sudah menyertai contest ini :-)

    ReplyDelete
  6. salam ziarah...

    ye, blogging membantu kita menjana pendapatan jika kena caranya dan mesti bersabar di peringkat awal :)

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close