Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Meningkatkan Keyakinan Anak-Anak Yang Duduk Di Asrama

Meningkatkan Keyakinan Anak-Anak Yang Duduk Di Asrama - Kanak-kanak berusia 13 tahun ke atas atau awal remaja adalah tempoh waktu paling sukar untuk dihadapi. Mereka lebih mempercayai rakan sebaya, suka memberontak, suka mencuba sesuatu yang baru, banyak soalan tentang perubahan ke arah menjadi dewasa dan ingin cepat dewasa.



Jangan marah-marah kepada mereka. Belajar cara mendekati mereka melalui guru ataupun buku-buku psikologi. Dekati anak-anak dengan cara yang mereka sukai. Namun sesekali usik dan geletek mereka. Anak remaja yang sering digeletek akan meningkatkan tahap keseimbangan emosi mereka. Itu penting! Emosi anak-anak mesti stabil agar mereka dapat mendepani cabaran pada usia remaja.

Meningkatkan Keyakinan Anak-Anak Yang Duduk Di Asrama


1. Biarkan buat keputusan sendiri
2. Ajar mereka merancang masa
3. Displin dalam semua perkara
4. Belajar memaafkan
5. Tegas
6. Peluk apabila sesekali berjumpa
7. Memuji tindakan bijak yang pernah dilakukan
8. Sentiasa memberikan kata-kata semangat yang penuh positif

Anak-anak tidak perlukan kita berbelanja wang ringgit dan membelikan mereka barangan yang mahal-mahal. Cukup kita menunjukkan perhatian dan kasih sayang mengikut cara yang disukainya. Contohnya, pada peringkat awal remaja, anak-anak suka jika kita melayani mereka seperti kawan. Kerana dalam waktu begini, pengaruh rakan sebaya sangat kuat.

Jadi, lebih baik kita merapati rakan-rakannya dan menasihati anak kita melalui rakan-rakan yang dipercayai. Semoga dengan cara begini, anak kita tidak berasa yang kita terlalu mengongkong. Seperti saya, sebab itu bila pulang bercuti, saya akan tanyakan kepada anak saya nama rakan-rakannya, sesekali menghantar SMS bertanyakan khabar dan memuji rakannya yang banyak membantu anak saya.

Dengan cara begini, anak tidak berasa kekok untuk bercerita apa saja kepada kita kerana kita amat memahami rentak mereka dan apa yang mereka sukai.

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama berusaha dan bantu meningkatkan keyakinan anak-anak yang duduk di asrama. Tanpa bantuan dan panduan yang betul, mereka boleh gagal separuh jalan.

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. Replies
    1. welcome dear, dah baca? it will be benefit to our children..

      Delete
  2. anak2 lbh berdisiplin kat asrama tapi ada juga yg takut kena buli ...

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close