Sekarang kami makan di Aeon Bukit Indah, dekat dengan rumah ikut highway je. Oh ya, event mengenyangkan perut ni kita buat sesama anak beranak pada 18/9/2026 yang lepas, 2 hari sebelum si bongsu sambung belajar.
Info menarik Juga >>>
Makan Tengahari Di Chicken Rice Shop, Aeon Bukit Indah
Apa yang kami order? Kalau ada kedua-duanya anak solehku itu, korang jangan harap makan satu atau Dua dish ya. Segala benda di order, kemudian kena lawan habiskan. Siapa order dia kena makan sampai licin.
Kari ayam
Hmm.. Kari ayam dia boleh tahan. Dengan kentang nya yang lembut dan sedap. Habis licin saya kerjakan.

Sayur Kacang panjang
Kacang panjang ni pun antara menu kegemaran kami. Oleh kerana anak bujang dua orang tak makan tauge, saya order la Kacang panjang. Biar dia orang tinggi tonjang lagi 😂😂

Ayam roasted
Boleh tahan sedap, tapi ada rasa sedikit pahit pada sesetengah bahagian, mungkin terlebih masak. Saya makan sikit je, anak-anak & ayahnya yang bagi perabis.

Sup bebola ikan dan pakchoy

Cocktail dan popia sayur
Cocktail dan popia sayur pun sedap, dan popia tu antara signature dish kat CRS rasanya. Dari dulu sampai sekarang.. gitulah rupanya. Rangup, tak mengecewakan.

Aneka jenis air
Air order agak banyak jugak, 4 + 2 - iaitu 2 ais kosong dan lagi 4 tu air aneka jenis.

Sayur pakchoy dan cakoi manis


Tauhu lembut
Anak bujang suka tauhu, so saya orderlah tauhu lembut tu. Hmm... Dia tak makan ya, sebab dia kata bukan dia yang order. Kalau dia nak je baru dia order. Menangis funder ni nak habiskan..lastly si ayah yang tolong kasi clear.


Total kos makan makan ni RM131-20. Semasa nak scan QR, phone ada masalah pulak. Anak bujang ku dengan macho nya tolong scan untuk ibu dia ni.
Ada duit ke tu? Dia kan penganggur terhormat. Dia jawab ada sikit dia simpan tiap kali saya transfer dalam akaunnya untuk belanja barang dapur. Pandai juga akal dia..
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.


0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.