Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Merajuk Pada Yang Sayang

Merajuk Pada Yang Sayang - Pernahkah anda merajuk? Kenapa mesti merajuk? Apa perasaan kita ketika sedang merajuk? Hmm...banyak persoalan yang perlukan jawapannya. Merajuk bukannya mudah, hati jadi sakit, perasaan rasa sedih dan kadangkala keadaan sekeliling pun rasa tak tenteram. Ada saja yang menganggu fikiran.

Baik jangan merajuk!





Jadi, mengapa kamu merajuk? Sayang-sayangku sekalian...hentikan rajuk yang tidak berfaedah. Merajuk pada yang sayang kita aje, jika tidak takkan ada orang yang memujuk anda. Betul tak?

Merajuk. Tanda hati yang halus.


Merajuk umpama hujan yang turun renyai-renyai. Kekadang kita merajuk pun orang tak tahu. Sebab, hujan renyai tidak membuatkan orang basah, bila berjalan dengan laju. Bila hujan renyai pun kita tak endah untuk mencari tempat teduh. Kerana hujan renyai datang pun tak lama. Sesekali. Sesekala.

Hah! Bila menangis mungkin orang akan perasan. Baik jangan merajuk. Menangis boleh diumpamakan macam hujan lebat. Kalau meraung lagi macam guruh, menarik perhatian ramai orang!

Kenapa Merajuk?


Kenapa kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Supaya orang LELAKI boleh bersedia untuk memujuk kita pulak lepas tu...Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab:

1. Cemburu. Ini merupakan faktor utama kenapa si dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

2. Tidak Dapat Apa Yang Diinginkan. Si dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya.

3. Orang Lain Lebih Hebat Dari Dia. Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Kadangkala, si dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaannya, dia perlukan anda di samping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza iaitu dengan merajuk.

Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. 

Okey dear...lalui harimu dengan tabah. Jangan ikut kehendak hatimu semata-mata. Harus lebih kuat dan lebih bahagia dari semalam.

Biarkan semalam yang kelam terus hilang!
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments