Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Ketika Melihatnya Bersujud

Beruntungnya ibu bapa yang memiliki anak yang soleh dan solehah. Diajarkan sekali dua, ditunjukkan perbuatan yang baik-baik dan diberikan makanan dari sumber yang halal...masyaAllah, sekecil tujuh tahun sudah mampu mengatur waktu solatnya sendiri. Hibanya hati tersentuh jiwa menatap istiqamahnya dia menunaikan kewajipan kepada Tuhannya iaitu Allah.

Di mana lagi kita yang semakin mendekati mati ini mahu mengganti kesempatan seperti itu? Bagaimana mahu diisi, dipenuhkan, didamaikan peluang yang hilang? Apakah kita masih alpa sedangkan sikecil mampu menjadikan contoh kepada kita. Subhanallah, hanya Allah tempat pengaduan yang Maha Mengerti dan Mendengar.

Ketika Melihatnya Bersujud

Ketika Melihatnya Bersujud


Kadangkala pengajaran hidup datangnya dari anak kecil. Yang hatinya telah dipilih oleh Allah untuk diberikan hidayah agar kemudian menjadi contoh kepada kita yang lalai. Terkadang Dia datangkan kesedaran dari seorang anak kecil yang tak henti-henti bertanyakan bilakah waktu solat seterusnya...sungguh terpana seketika melalui pengalaman itu. Dan alhamdulillah...semoga akan ada pengajaran-pengajaran dan peringatan lain dari si kecil yang kita sendiri tak mampu menebaknya.

Sesekali, seketika...mengintai si dia berteleku, mendoakan orang yang dikasihi. Sungguh indah momen itu, meski dia tidak tahu tujuan apa doa-doanya itu.

Argh...sekecil kamu doanya tiada hijab. Anak yang suci tidak berdosa masih meminta-minta kepada Allah. Masih tegarkah kita yang entah bila dijemput pergi, lalai dalam meminta-minta kepadaNya? Semoga Allah swt masih memberikan ruang-ruang taubat buat kita, hambaNya yang berdosa.

Seorang anak kecil yang berteleku di atas sejadah adalah harapan lalu yang terlepas dari dakapan masa. Dan semoga sang pendosa ini masih mampu bersujud dan berteleku menumpahkan airmata sesalan. Hingga ke akhirnya.

Yakinlah, Allah janjikan bahagia untuk semua.

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments