Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Penyerahan Jiwa Bersihkan Hati

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Ia datang lagi. Dengan rasa malas yang masih jitu dalam diri, kebiasaan ini pada waktu ini kenalah ditukar. Lupakan seketika game HP yang memanggil, pedulikan dengan siaran TV yang minta ditonton. Jom serulah ke dalam jiwa dan hati, bergeraklah...sama-sama kita menyerahkan jiwa pada Azzawajalla...

Penyerahan Jiwa Bersihkan Hati

Penyerahan Jiwa

Terawih pertama. Penyucian jiwa ibaratnya. Sebelum esok yang pertama hingga ke hari penghabisan, moga dalam pengabadian itu, ada belas Allah memandang kita. Moga dengan Ar Rahman Ar Rahim Nya, kita dipilih untuk hidayah-hidayah Nya.
Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (HR Al-Bukhari)
Biarlah apa orang nak kata. Mari kita berlumba-lumba bertemunya, bercerita padaNya. Mengadu padaNya. Sehari sekali jangan dilupa untuk mendengar pula Dia berkata-kata dengan qalamNya. Al Quranulkarim. Subhanallah...jika ini Ramadhan Ku yang terakhir, jadikanlah Ramadhan kali ini penuh khusyuk dan tawadhuk. Wahai Tuhan yang Pengasih...

Penyerahan jiwa ini bukan untuk dibangga-bangga. Bukan juga untuk dijaja dan dikira oleh mata di sekeliling. Kita tak perlu itu semua untuk sebuah kebahagiaan hati. Siapakan peduli dengan titisan airmata jernih yang pernah, sedang dan akan mengalir keranaNya. Kesedihan tiada umpama lagi bagi mereka yang lalai. Rugi.

Biarlah kita merasakan tenangnya di sini, dalam hati sendiri. Sekelumit kesombongan tercela dalam hati, hilang segala amal kebaikan yang kita kerjakan sepanjang masa. Subhanallah...

Esok lusa entahkan ada kesempatan untuk ampunanNya. Entahkan ada waktu kita bermanja mengadu merayu padaNya. Ada waktunya ketika saat ini, diberikan ruang masa..bermohonlah. Astaghfirullah al'aziim..ampunkanlah aku ya Allah.

Salam terawih salam tahajjud salam tadarrus al Quran buat sahabat-sahabat tersayang.

Solat jangan lupa ya, itu tiang agama.



#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments