Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Prestasi AynoraBlogs.Com Bulan Mei 2015

Prestasi AynoraBlogs.Com Bulan Mei 2015. Sekadar bacaan umum sahaja. Bulan Mei dianggap antara bulan yang cemerlang bagi aynorablogs.com. Banyak artikel yang mengungguli carta carian di Google, membolehkan blog picisan ini meraih jumlah trafik yang tinggi.

Antara artikel yang menjadi popular post adalah:

1. Cara buat air detox sendiri untuk Kurus
2. Resepi mee kari yang mudah
3. Aneka resepi udang
4. Petua hilangkan kesan hitam celah peha dan leher
5. Dan banyak lagi...

Prestasi Aynorablogs.com Bulan Mei 2015



Dari sumber Blogger.Com

Prestasi AynoraBlogs.Com Bulan Mei 2015
Dari sumber : Nuffnang.Com

Sebab-sebab kenapa trafik blog meningkat


1. Tukar template yang mesra SEO
2. Menulis artikel yang relevan dengan keadaan dan isu semasa
3. Rajin kemaskini blog agar sentiasa segar dan mudah dibaca
4. Blog yang mudah diakses
5. Ikhlas menulis mengikut minat sendiri dan bukan kerana terikut-ikut dengan gaya penulis/blogger lain

Mengapa trafik blog yang tinggi itu bagus?


1. Bermakna maklumat yang ingin dikongsi dan disampaikan dapat diterima oleh medium yang luas
2. Mendapat iklan, review dan menulis artikel tentang sesuatu produk daripada pengiklan, secara tak langsung boleh tambah pendapatan
3. Menambah rangkaian rakan dan meluaskan potensi untuk pemasaran diri atau penjenamaan blog
4. Rasa kepuasan bila benda atau kerja yang diusahakan berhasil

Semoga apa yang saya kongsikan di atas mampu menjadi motivasi kepada blogger yang baru nak menceburi bidang penulisan formal ini.

Diharap segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah swt.

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments