Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Bacalah Al Quran Kerana Itu Ubat Hati

Bacalah al Quran jika kamu sakit dan bersedih. Kerana dengan membaca lalu mengamalkan ajaran yang terdapat dalam al Quran boleh mengubati hati dan pelbagai penyakit.

Bacalah kitab Ar rahiim dan ar Rahman kerana di dalamnya terdapat ubat dan hidayah.

Allah SWT berfirman,
"Dan Kami turunkan dari al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian. - (Al Isra' : 82)

Bacalah Al Quran Kerana Itu Ubat Hati


Bacalah al Quran Kerana Itu Ubat Hati


Membaca al Quran bukanlah setakat kamu menghabiskan ayat-ayat yang terdapat dalam kitab Allah tersebut tetapi ia lebih dari itu. Sesungguhnya membaca al Quran itu merangkumi kamu memahami maksudnya, menghormati dan mematuhi adab membawa dan membacanya, mengamalkan apa yang ada di dalamnya dan menyebarkan ilmu kebaikan yang ada di dalamnya.

Jika kamu dalam kesedihan, ambillah wuduk dan bacalah al Quran. Nescaya akan terlerai segala kesedihan tersebut setelah kamu membaca nasihat-nasihat dari Allah Azzawajalla. Betapa benar semuanya, betapa kerdilnya tatkala kita faham bahawa Allah mendengar rayuan, keluhan, rintihan kita dan Dia sentiasa ada dan bersedia.

Biarkan airmata menitis, menyesali perbuatan silam yang tidak baik. Menyesali perbuatan dan dosa semalam adalah sifat seorang mukmin yang terpuji. Mengakui kesilapan adalah sebuah pengorbanan yang mencalar maruah. Tetapi sebaik kamu mengadu kepada Allah, bagai luruh semua bebanan yang tersandang di lipatan hati. Allah Maha Pengampun. Allah Maha Mendengar.

Dengarkanlah Allah berkata-kata dengan membaca, memahami dan menyebarkan apa yang tercatat dalam al Quran.

Akhir kata, sebarkanlah kebaikan-kebaikan umpama kamu sudah tiada kesempatan lagi selepas ini. Selagi kita bernafas, buatlah bakti walau sekecil zarah sekalipun.

Tidak rugi sedikitpun membuat kebaikan malahan kamu akan memiliki kekayaan di akhirat nanti, dari sumber dan DOA orang-orang yang menyayangi kamu. Itulah yang dinamakan saham akhirat. Berbuat sesuatu tanpa mengharap balasan.

Insyaa Allah.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments