Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Petua Kegunaan Hampas Kelapa

Advertisement
Hampas kelapa banyak kegunaannya. Walaupun sudah tinggal hampas, kelapa parut tersebut amat berguna dalam rawatan tradisional seperti untuk rawatan kecantikan, untuk menghilangkan bau hanyir ikan dan sebagainya. Ada saya terbaca, hampas kelapa parut juga boleh dijadikan baja untuk menyuburkan tanaman.

Jadi, jangan buang terus hampas kelapa yang telah digunakan.

Petua Kegunaan Hampas Kelapa


Petua Kegunaan Hampas Kelapa


Hampas kelapa banyak sangat kegunaannya. Biasanya saya gunakan hampas kelapa untuk dilulurkan di kaki semasa mandi. Selepas mandi kulit rasa licin dan gebu je..hihi

Selain daripada itu, hampas kelapa juga boleh dijadikan petua untuk hilangkan getah nangka dan menghilangkan bau hanyir ikan.

1. Hilangkan getah nangka

Caranya, gosokkan tangan atau pisau dengan hampas kelapa. Dengan cara ini getah akan tanggal dengan mudah. Insyaa Allah.

2. Hilangkan bau hanyir ikan

Bila menyiang ikan, tangan atau baju pasti terkena tempiasnya bau hanyir ikan. Sapukan hampas kelapa pada tangan atau baju yang berbau hanyir. Dengan cara ini bau hanyir yang melekat sudah tidak menjadi kerisauan lagi.

Selamat mencuba! Ternyata hampas kelapa banyak kegunaannya sebagai petua dalam urusan harian kita.


#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

3 Comments

  1. info yang menarik...kadang2 buang gitu je tak terfikir nak gosok2 tangan

    Tips Suami Isteri

    ReplyDelete
  2. Sy slalu gunakan hampas kelapa utk buang daki di badan. Besttt!!! Sgt2 lembut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, saya pun pernah guna. Tapi sekarang dah susah nak dpt hampas kelapa..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.