Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

10 Resepi Sihat Untuk Wanita Bersalin Atau Dalam Pantang

10 Aneka Resepi Sihat Untuk Wanita Bersalin @ Dalam Pantang - Ada banyak makanan yang tidak boleh diambil oleh wanita yang baru lepas bersalin. Senang cakap, wanita dalam pantang. Sebenarnya ada banyak kebaikan mematuhi nasihat orang-orang tua supaya kita berpantang selepas bersalin. Selain untuk menjaga kesihatan tubuh badan dalam jangka masa panjang, ia juga berguna untuk kesihatan bayi yang baru lahir.

Ada sayur-sayuran terbaik untuk wanita dalam pantang, ikan yang sesuai, buah-buahan yang bagus dan sebagainya.

Contohnya, ikan yang boleh dimakan semasa pantang ialah

1. Ikan haruan
2. Ikan yu
3. Ikan selar
4. Ikan gelama
5. Ikan jenahak
6. Ikan merah
7. Ikan tenggiri
8. Ikan kurau
9. Ikan bawal putih
10. Ikan senangin
11. Ikan kerisi
12. Ikan kod
13. Ikan bilis
14. Ikan siakap
15. Ikan salmon

Mengikut pembacaan saya, ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Aneka Resepi Sihat Untuk Wanita Bersalin
Aneka Resepi Sihat Untuk Wanita Bersalin
Wanita yang dalam pantang sangat lemah, perlukan semangat dan sokongan daripada ahli keluarga dan orang sekeliling untuk terus bertenaga. Jadi, berilah mereka kata-kata semangat dan sokongan agar hidup mereka terus ceria.


10 Resepi Sihat Untuk Wanita Bersalin @ Berpantang


Koleksi aneka resepi sihat untuk wanita dalam pantang atau bersalin di bawah ini saya ambil dari pelbagai sumber internet, blog-blog masakan dan juga majalah rasa online.

1. Ikan Tenggiri Goreng Halia


Bahan-bahan:
1 keping ikan tenggiri
4 sm halia 0 dihiris & digoreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam

Cara Penyediaan:
  • Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Biar selama 20 minit.
  • panaskan minyak bijan dan goreng ikan sehingga garing. ketepikan.
  • Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan ikan semula. Tuangkan kicap dan kacau rata.
  • Angkat ikan dan letak ke dalam pinggan. Taburkan halia goreng diatasnya. Sedia untuk dihidang. 

2. Resepi Ikan Haruan Goreng Rempah 


Ikan haruan memang terkenal sebagai rawatan untuk wanita bersalin terutamanya kepada mereka yang melalui proses bersalin secara pembedahan. Pati ikan haruan dikatakan mempercepatkan penyembuhan bekas luka bersalin tersebut.

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan haruan – di potong
30 gm halia – di tumbuk
2 ulas bawang merah – di tumbuk
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam secukup rasa.
Minyak masak

Caranya:

1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 15 minit
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.
3. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah.
4. Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan garam, kacau sekata.
5. Curahkan kuah ke atas ikan.

3. Resepi Sup Lobak Campur


Ha...lobak putih memang bagus kepada wanita bersalin yang menyusukan anak mereka. Ikut kata doktor, lobak putih antara makanan yang membekalkan dan membanyakkan susu badan wanita.

Aneka Resepi Sihat Untuk Wanita Bersalin
Sup Lobak Putih Resepi Wanita Bersalin - sumber Google

Bahan-bahan:

500ml air
1/2 batang lobak putih
Sedikit lobak merah
Sedikit daun kucai

Bahan-bahan ditumbuk:

1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci halia
Segenggam ikan bilis
1 sudu kecil lada hitam

Cara Penyediaan: 

1) Tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
2) Masukkan air dan lobak putih dan rebus hingga empuk.
3) Masukkan lobak merah,daun kucai dan garam.
4) Biarkan seketika sebelum diangkat.

4. Resepi Peria Masak Asam 


Bahan-bahan: 

200 ml air 
5 ulas bawang kecil – dihiris 
2 biji peria katak – dipotong nipis 
2 sudu besar ikan bilis – dibersihkan 
½ sudu teh serbuk lada hitam 
½ sudu makan air asam jawa 
Garam secukup rasa 

Cara menyediakan: 

a) Masak kesemua bahan sehingga pekat. 
b) Kacau rata dan kecilkan api. Tunggu sehingga naik bau. Angkat dan hidangkan. 

Info: Pengambilan peria dapat membantu ibu dalam pantang yang mengalami kesukaran membuang air besar, disamping menambah susu ibu. Ia juga membantu membersih dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh jika diamalkan.

5. Resepi Daging Lada Hitam  


Aneka Resepi Sihat Untuk Wanita Bersalin
Sumber: Google
Bahan-bahan:

500 gm daging lembu 
1 biji bawang besar - dihiris 
5 ulas bawang putih - dicincang halus 
2 sudu makan minyak jagung 
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar 
1 sudu makan kicap manis 
Garam secukup rasa 

Cara menyediakan: 

a) Daging dihiris nipis dan dibersihkan. 
b) Panaskan minyak jagung. Goreng daging hingga agak garing. Angkat. 
c) Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi. Kacau hingga wangi. 
d) Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata kemudian angkat. Hidangkan.

6. Resepi Stim Ikan


Bahan-bahan: 

Ikan - yang penting ikan yang sesuai untuk wanita dalam pantang
2 halia (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan: 

1. Letakkan halia yang dihiris dengan jumlah yang agak banyak,tomato yang dipotong,daun sup dan sedikit garam di atas ikan.
2. Steam sampai ikan masak.

7. Resepi Singgang Ikan 


Bahan-bahannya:

Ikan
Air masak
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
Garam (secukup rasa)

Caranya:

1. Rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yang sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping dan sedikit garam.

2. Bila dah mendidih, masukkan ikan.

8. Resepi Sup Sayur Campur


Bahan-Bahan:

500ml air
Minyak masak
Serbuk pati ikan bilis secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dipotong:

200gm brokoli
1 biji lobak merah
1/2 biji lobak putih
1/2 batang saderi
3 helai daun kubis

Bahan-bahan untuk tumbuk:

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil rempah biji
1 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil jintan putih

Cara Penyediaan:

1) Panaskan sedikit minyak masak di dalam periuk.
2) Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau.
3) Masukkan serbuk pati ikan bilis dan air.
4) Apabila mendidih,masukkan sayur-sayuran.
5) Bila sayur empuk,masukkan garam.
6) Kacau rata sebelum diangkat.

9. Resepi Ayam Masak Halia


Bahan-bahan:

Setengah kg ayam
5 ulas bawang putih (diketuk)
3 biji bawang besar (dipotong)
2 inci halia (dihiris halus)
500ml air
Sedikit minyak masak untuk menumis
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam

Cara Penyediaan:

1.Bersihkan ayam.
2.Potong ayam kepada beberapa bahagian.
3.Masukkan sedikit minyak masak.
4.Tumis bawang putih,bawang besar dan halia sehingga naik bau.
5.Masukkan sos tiram.
6.Masukkan air dan ayam.Masak sehingga mendidih.
7.Perlahankan api dan masukkan serbuk lada hitam,garam secukup rasa.
8.Masakkan sehingga kuah memekat.

10. Resepi Sawi Tumis Air 


Bahan-bahan:

Seikat sawi
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit ikan bilis yang sudah dikopek dan dibersihkan
Sedikit minyak untuk menumis


Cara Penyediaan:

1. Panaskan kuali dengan api sederhana.
2. Tumiskan sekejap bawang putih,bawang merah dan ikan bilis.
3. Masukkan air ke dalam kuali.
4. Kemudian letakkan sayur sawi dan serbuk lada hitam.
5. Kacau sebentar dan tutup selama 2 – 3 minit.
6. Tumis sehingga sayur separuh layu.
7. Siap untuk dihidangkan.

Terimakasih kepada anda yang membaca aneka resepi sihat untuk wanita bersalin. Setiap menu atau resepi yang dikongsikan adalah berasaskan kukus, sup, lada hitam, masak dengan halia dan kurang menggunakan minyak. Ia sebagai menjaga pemakanan ibu atau wanita bersalin agar sentiasa bertenaga terutamanya untuk mereka yang menyusukan bayi mereka.

Selamat menjaga kesihatan. Semoga bermanfaat.

Sebarkan Bahagia. Untuk bacaan lanjut info-info semasa berpantang, anda boleh layari blog ini.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close