Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Andainya Kamu Tahu

Kasih Sayang Sejati Hingga Hujung Nyawa. Andainya aku tahu...Itulah realitinya. Mungkin ketika hayatnya kita terlupa untuk menyatakan rasa. Kita alpa menyangka selamanya dia milik kita. Lalai dengan kegembiraan di depan mata hinggakan kita tidak perasan dengan ketiadaannya.

Sewaktu diri dipuncak jaya, kawan-kawan menjadi teman setia. Diri yang lemah tak bermaya tidak kamu hiraukan. Kamu sangkakan siang dan malam itu milik kamu. Kamu sangkakan masih ada esok baginya.


Andainya Kamu Tahu


Tetapi...

Percaturan alam sangat tepat. Kematian itu pasti. Rezeki itu misteri. Mengapakah yang pasti itu tidak kamu hargai. Rawat lelahnya sepanjang waktu membahagiakanmu. Angkat senyumnya di atas sekali. Julang nama itu pada penghujung manisan doa-doamu? Mengapa kamu lalai lagi?

Tidak kah itu cukup mengajarkan?


Andainya Kamu Tahu


Walau berbagai cara kamu buat untuk melupakan kesakitan itu, kamu cuba buang sebak yang menampar dada, di sudut hati paling dalam kamu sentiasa tahu bahawa kamu tidak akan dapat memeluk kenangan itu kembali. Kenangan itu telah pergi membawa bersama segala-galanya. Membawa kasih sayang yang sarat untuk kita yang tinggal.

Termangu-mangu. Ketika kamu tahu bahawa dia telah tiada. Kasih sayang yang kamu simpan tak sempat diluahkan. Dan, dia pergi dengan sebuah perasaan. Iaitu bahawa kamu telah tidak menyayanginya lagi.

Luahkan. Andai diluah. Selamanya kamu tidak akan jadi begini. Sepatutnya kamu paling awal menyatakan. Selayaknya namanya terindah di jantung hatimu.

Andainya aku tahu. Andainya kamu pun tahu. Kegembiraan kita tiada taranya. Dia melengkapi kebahagiaan ini. Dia pendamping terhebat sepanjang nyawa. Dia meminjamkan masanya buat kita, agar kita dewasa dengan tawa, bukannya airmata.

Sebaliknya...kita tidak tahu!


#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments