Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Doa Mohon Anak Soleh Dan Lembut Hati

Doa untuk anak-anak supaya berjaya dan mempunyai akhlak yang baik. Anak-anak dilahirkan seperti kain putih. Kita yang mencorakkannya. Kita yang memandunya untuk menjadi sesuatu, menjadi seseorang yang berguna dan berakhlak mulia. Anak-anak selagi mereka masih kecil, ajari mereka untuk berdoa. Yakin dengan doa yang dimohon kepada Allah. Anak kecil tiada dosa, tiada hijab antara mereka dengan Allah. Mereka masih suci. Oleh itu doa anak-anak kecil akan dimakbulkan. Insyaa Allah. Kerana mereka insan yang masih tiada dosa. Orang yang tak ada dosa doanya mudah termakbul. Subhanallah...

Dan, sebagai ibu bapa kita juga ada tanggungjawab dan amanah untuk mendoakan mereka juga. Mendoakan anak dengan doa-doa yang baik, memohonkan kebaikan dunia akhirat buat mereka.


Doa Untuk Anak Soleh Dan Lembut Hati 


Cara Doa Untuk Anak Soleh Dan Lembut Hati

Sebagaimana yang ditunjukkan pada gambar di atas, amalkan doa-doa berikut:

1. Surah al -Fatihah - 1 Kali

2. Ayat Kursi - 1 Kali 

3. Surah Toha , (Ayat 1 - 5) - 1 Kali 

Doa Untuk Anak Soleh Dan Lembut Hati
Doa Untuk Anak Soleh Dan Lembut Hati 


Kemudian,

Hembuskan di ubun-ubun anak-anak, niat agar anak menjadi anak yang soleh, lembut hati, rajin solat, serta berjaya di dunia dan akhirat.

Atau, 

Anda boleh juga bacakan doa dalam masakan atau ketika memasak.

Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Doa Untuk Anak Soleh Dan Lembut Hati
Surah ali Imran Ayat 200 Doa Untuk Anak Soleh Dan Lembut Hati 

Semoga bermanfaat.  


#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments