Cili padi memang mempunyai rasa lebih pedas berbanding cili merah besar. Bagi yang tak tahan pedas, masakan yang menggunakan cili jenis ini seperti sambal tumis dan sambal belacan, pastinya tidak menjadi pilihan.
![]() |
| Tomato hilangkan pedas cili padi |
Untuk hilangkan pedas cili padi, bahan-bahan yang diperlukan adalah;
- Buah tomato
- Gula
Petua/ Cara-Cara Kurangkan Pedas Cili Padi
1. Untuk sambal belacan, masukkan beberapa hirisan tomato dan tumbuk bersama cili. Insya-Allah rasa sambal belacan anda tidak akan menjadi terlalu pedas. Anda juga tidak perlu menambah air kerana jus yang keluar dari buah tomato sudah memadai untuk menjadikan sambal anda basah dan kelihatan banyak.
2. Bagi mengurangkan rasa pedas sambal tumis, anda hanya perlu memasukkan gula. Kuantitinya pula bergantung kepada citarasa anda.
3. Biarkan 2 @ 3 tangkai cili padi kisar sekali. Jangan buang tangkainya. Inilah petua orang tua dahulu kala.
Selamat mencuba!


Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.