Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ada Banyaknya Sumber Bahagia Itu..

Ada Banyaknya Sumber Bahagia Itu.. | Yang lepas biarlah menjadi kenangan. Bersedih seperlunya. Biar tak semudah sekadar mengerlip mata namun di sebalik kesusahan itu telah tersedia menanti deretan bahagia yang Allah simpankan. Bukalah matamu. Bukalah hatimu.


Jika sekadar kehilangan seseorang "buah hati", samada ia telah meninggalkan kamu atau menduakanmu, itu hanyalah sekelumit dari banyaknya bahagia yang Tuhan akan gantikan kepadamu atas kesabaranmu.

Gambar berkaitan apa itu Sumber Bahagia?

Sesetengah orang berkata, "Bahagia itu bukan bermakna memiliki semua yang kamu cintai tetapi sebaliknya bahagia itu adalah cintai semua apa yang kamu miliki."

Ada Banyaknya Sumber Bahagia Itu..


Ingatlah bahawa Allah selalu menyediakan sumber bahagia yang banyak untuk kita. Cuma, kita yang selalu alpa, mata dan hati dibutakan oleh kesedihan yang berpanjangan.

Yang hilang biarlah menjadi kenangan. Selepas bersedih, lekaslah bangkit semula. Ada banyak sumber kebahagiaan yang Tuhan sediakan.

Dan kita hanya kehilangan satu di antara banyaknya kebahagiaan itu!

Nak tahu sumber bahagia? Cuba renungkan senarai di bawah. Bukankah nak bahagia itu pilihan. Kamu yang tentukan. Jika melihat sesuatu itu membuatmu bahagia, maka di situlah sumber kebahagiaan kamu...

1. Melihat pelangi berwarna warni, adakah ia membahagiakan?

2. Berbicara dengan TuhanMu dalam DOA, adakah ia menenangkan? Akhirnya kamu terlelap dalam senyuman..

3. Berzikir memberi makanan kepada hatimu yang sedih. Kemudiannya, kamu bisa tersenyum. Bukankah itu juga sumber kebahagiaan dan ketenangan?

4. Melihat wajah kesayangan yang melahirkanmu ke dunia ini. Bahagiakah kamu?

5. Dapat bekerja dan menerima imbuhan yang sesuai dengan usahamu. Adakah kemudian kamu merasa syukur. Itulah bahagia yang kamu tak sedar..

6. Kamu diberi nikmat melihat bunga-bunga berwarna warni, pemandangan lautan membiru dan dapat mendengar suara kicauan burung di hutan. Bukankah itu juga sumber bahagia.

7. Kamu diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran, mengejar cita-cita yang diidamkan.. itukan juga bahagia namanya?

8. Bahagianya rasa bila dapat membaca 1 muka surat al Quran setiap hari..

9. Tak sakit, boleh telan makanan yang kamu suka.. nikmat dan bahagia rasanya..

Banyaknya sumber bahagia yang tersedia. Kerana apa? Kerana Allah Maha Kaya. Dia ambil apa yang kamu cinta tetapi pasti akan digantikan sesuatu yang lebih baik daripadanya.

Terkadang, melihat kucing mengiau dan menggesel di kaki, cukup membuatkan kita berasa bahagia. Kerana itu, terlalu banyaknya sumber bahagia yang Allah titipkan.

Justeru, usah bergantung kepada orang lain untuk menilai samada kamu harus bahagia atau kamu sedang bersedih. Yang menilaimu hanyalah Allah. Maka, dalam segala hal, hanya DIA yang layak untuk kamu bergantung harap disaat suka, duka atau pun derita.

Melihat bahagia dan merasai kebahagiaan.. bukan sekadar pada fizikal manusia yang kamu cintai semata-mata. Ia Maha luas dengan izin Yang Maha Pemilik hati kita. Maka, buka mata, hati dan minda.. melihat sesuatu walau apapun dengan rasa bahagia, insya Allah tidak ada alasan untuk kamu untuk tidak bahagia.

Bahagia itu pilihan dan yang memilihnya adalah KAMU. Bukan orang lain!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close