Header Ads

Sarapan Karipap Dan Pisang Goreng Segera


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Sarapan Karipap Dan Pisang Goreng Segera
Sarapan Karipap Dan Pisang Goreng Segera. Memang segera kejadiannya. Hari ni kerja macam biasa tapi di rumah ada 2 ketul kesayangan yang sedang bercuti. Si abang universitinya tutup, si adik pula asrama pun tak bukak. Kerana pandemik covid-19 ni kan.. pasti ada hikmahnya semua ini berlaku. Maka, emak-emak paling runsing tinggalkan anak-anak di rumah terutamanya lelaki. Kalau dia orang masuk dapur, kita yang nengok boleh dapat migrain. Kena ambil gambar sebelum dan selepas tu... haha, murung tau..

Oleh itu, dengan adanya yang segera, bolehlah saya goreng apa yang patut untuk sarapan dia orang.


Sarapan Karipap Dan Pisang Goreng Segera


Pagi ni sarapan karipap dan pisang goreng segera. Masuk kuali dan goreng. Alhamdulillah.. budak-budak pun suka.

Karipap frozen ni nampak macam tak cantik kut? Tapi inti dia sedap dan penuh. Kulit dia lembut bila dimakan, ada rasa minyak sapi sikit. Rasanya diuli dengan minyak sapi bagi lembutkan tekstur tepung tu..

Sarapan Karipap Dan Pisang Goreng Segera

Karipap frozen ni pun,sedap. Beli online dari shoppee je. Beli dengan set kuih frozen yang lain seperti kuih kasturi, kuih bom, pisang goreng segera, dan bergedil kentang.

Sarapan Karipap Dan Pisang Goreng Segera

Pisang goreng ni nampak hitam gelap sebab benda manis bila digoreng kan cepat hitam. Tapi sedap you all, manis lembut je..

Sarapan Karipap Dan Pisang Goreng Segera


Yang penting sarapan segera ni memudahkan urusan saya yang bekerja. Bila budak-budak 2 ketul ni ada kat rumah.. memang memasak je kerja saya. So, sesekali kita standby yang frozen.. jimat masa beb!

Semoga ceria bersama family tersayang. Coretan sekadar untuk kenangan di laman maya je..

1 comment:

  1. tengok karipap sini, teringat karipap segera dalam peti ais kami. Entah bila nak goreng.hehehe. puasa ganti ni lepas makan nasi dah kenyang!

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.