Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Notis Amaran Air Pasang Besar Akan Berlaku Di Selat Tebrau

Notis Amaran Air Pasang Besar Akan Berlaku Di Selat Tebrau - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) melalui surat siaran bertarikh 17 November 2015 telah mengeluarkan notis amaran air pasang besar. Fenomena ini akan Berlaku di Selat Tebrau pada tarikh-tarikh seperti di bawah.


Notis Amaran Air Pasang Besar Akan Berlaku Di Selat Tebrau


Fenomena air pasang besar di Selat Tebrau itu dijangka akan berlaku pada 24 November 2015 hingga 30 November 2015 iaitu selama satu minggu.

Notis Amaran Air Pasang Besar Akan Berlaku Di Selat Tebrau

Adalah diingatkan sekiranya berlaku hujan lebat berterusan semasa air pasang besar ini boleh menyebabkan berlaku banjir terutama di kawasan pusat bandar dan kawasan rendah berhampiran tepi pantai atau sungai.

MBJB memohon kerjasama orangramai serta penduduk yang berada di kawasan yang terlibat agar lebih bersedia dan berwaspada sepanjang tempoh fenomena air pasang besar ini.

Gandakan sikap berhati-hati anda dan ikut arahan pihak berkuasa jika berlaku musibah banjir. Jagalah keselamatan keluarga anda.

Semoga kita semua terpelihara daripada bencana yang tidak diingini.


Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close