Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Selamat Tinggal 2015!

Selamat Tinggal 2015! Sepanjang tahun 2015, saya banyak mengecapi kejayaan dengan aynorablogs.com iaitu blog kesayangan saya ini. Jika sebelum ini pada tahun 2013 saya menghadapi masalah domain hinggakan langsung tiada traffik ke blog tetapi untuk tahun 2014 & 2015 saya telah mengecapi hasilnya. Alhamdulillah.

Jika anda ada mengikuti perkembangan blog ini, sepanjang tahun 2015, banner blog telah beberapa kali bertukar. Di bawah ini adalah contoh-contoh banner yang pernah digunakan.



Selamat Tinggal 2015!




Banner aynorablogs di bawah ini khas untuk bulan Ramadhan. Saya akan gunakan banner ini setiap kali menjelang Ramadhan. Hihi...


Selamat Tinggal 2015!



Selamat Tinggal 2015! 


Dalam entri selamat tinggal 2015 ini saya ingin kongsikan dengan anda sedikit sebanyak jatuh bangun saya dalam dunia blog Malaysia. Mungkin ramai yang tidak kenal saya, it is okay. Memang itu yang saya mahukan. Kerana sebagai seseorang yang memiliki kerjaya tetap, saya tidak mahu menjadikan ianya sebagai batu loncatan untuk meraih untung dan menjual nama agar mudah mendapat projek atau pelanggan.

Bagi saya blog adalah blog, bukan medium rasmi saya untuk mempromosikan kerjaya saya yang berkaitan dengan industri perkhidmatan dan hartanah. Blog adalah minat saya, that's all!

Kejayaan Trafik Blog

Mengikut analisis oleh Blogger.Com, blog ini mencatatkan trafik yang memberangsangkan. Kutipan PV blog setiap bulan melebihi 600,000, purata PV sehari melebihi 20,000. Dengan catatan PV sedemikian, catatan sepanjang berblog daripada tahun 2011, Pageviews aynorablogs telah menghampiri 7 juta. Kalaulah PV 7 juta boleh ditukarkan dengan nilai wang, sudah jadi jutawanlah saya sekarang...heheh

Income Part Time Blogger

Tahun 2015 juga menunjukkan prestasi pendapatan saya sebagai blogger sampingan telah meningkat secara mendadak. Pada awal berblog, pendapatan setahun sekadar beratus ringgit sahaja. Itupun kerana ada yang terklik pada iklan Nuffnang saya..hheeheh,..

Kini, income Nuffnang boleh di cashkan setiap bulan dengan pendapatan mencecah 3 angka. Kemudian Google AdSense juga pernah beberapa kali dalam sebulan mencapai income sehingga USD5.56/ sehari.

Kalau setiap hari begitu, kan bagus. Tetapi kita kenalah faham, iklan berdasarkan PPC ni banyak bergantung kepada trafik.

Kesihatan Yang Baik

Alhamdulillah...saya juga diberikan kesihatan yang baik dan idea-idea yang baik hinggakan masih boleh update blog setiap hari. Insyaa Allah, selagi ada daya dan upaya, saya akan terus menulis blog dan berkongsi sesuatu yang saya sukai. Semoga anda yang sedang membaca artikel ini ketika ini, tidak jemu-jemu memberikan sokongan agar saya dapat memberikan manfaat kepada lebih ramai orang.

Perhubungan Sesama Insan   

Saya tiada masalah dengan orang di sekeliling samada di dalam alam realiti ataupun maya. Prinsip saya mudah sahaja, lakukan dengan ikhlas setiap kerja yang kita minati. Abaikan komen-komen negatif di laman sosial kerana lama kelamaan mereka juga akan letih jika tidak dilayan. Bersangka baik je lah dengan mereka yang suka bercakap lebih daripada membuat kerja.

Saya faham ada yang suka dan ramai juga yang tidak suka melihat sesebuah blog menjana income dan selalu menjadi yang pertama dalam enjin carian Google. Biarlah...

Yang penting kita tidak menyakiti hati mereka. Selebihnya serahkan kepada Allah SWT.

Baiklah.

Setakat ini coretan saya mengimbas peristiwa sepanjang tahun 2015 antara saya dan anda semua dengan aynorablogs.com.

Selamat tinggal 2015! Selamat datang 2016.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close