Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Mohon Dilindungi Daripada Aib

Doa Mohon Dilindungi Daripada Aib | Aib ni maksudnya kekurangan atau cacat cela. Ada kekurangan yang mendatangkan kebaikan dan ada juga kecacatan yang memalukan jika disebar-sebarkan. Sebab itu, kita digalakkan tutup aib sendiri iaitu jangan buka pekung di dada. Simpanlah aib sendiri untuk diri sendiri, janganlah dijaja dijual cerita...
"Seorang mukmin adalah cermin bagi muslim yang lainnya. Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Doa Mohon Dilindungi Daripada Mendapat Aib


Doa Mohon Dilindungi Daripada Aib
Sumber: FB Anugerah

Doa Mohon Dilindungi Daripada Aib Dalam Rumi:


Allahummastur 'auraatii
wa'aamin raw 'aatii
Waghfirlii zunuubii

Maksudnya:

“Ya Allah, tutuplah keaibanku (auratku) dan tenteramkanlah ketakutanku, dan ampunilah segala kesalahanku (dosaku).”

Kekurangan diri seorang mukmin merupakan ujian mukmin yang lain. Sesama mukmin seperti satu tubuh. Ada kaitan yang begitu kuat. Jika salah satu bahagian tubuh sakit, yang lain pun ikut sakit. Cela pada diri seorang mukmin, bererti cela pula buat mukmin yang lain.

Setidaknya, ada dua ujian buat seorang mukmin ketika saudaranya terlibat dengan aib. Pertama, kesabaran untuk menanggung keburukan secara bersama. Siapa lagi yang layak memberi nasihat dan arahan kalau bukan saudara sesama mukmin. Kerana dialah yang lebih faham seperti setakat mana daya tahan keimanan saudaranya sesama mukmin. Sabar untuk senantiasa menegur, mendekati, dan memberi nasihat dan jalan penyelesaian. 

**Sumber:

Himpunan Doa-doa Masyhur
Abu Muhammad Saifuddin
Jahabersa, Kuala Lumpur
1995

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close