
Kumpulan Shake Tersingkir Dalam Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 5
Kumpulan Saywho dan kumpulan Bos turut berada dalam kedudukan bottom three. Tema untuk minggu ke-5 ini adalah peribahasa, jadi tak ada masalah untuk dia orang buat lawak dengan pelbagai peribahasa.
Kumpulan BOCEY bawa peribahasa 'Masuk Kandang Kambing Mengembek, Masuk Kandang Rimau Mengaum' telah membuat persembahan lawak yang sedap dan bersahaja. Hinggakan Bunga Citra Lestari dan Shahiezy Sam pun tergelak sakan. Kebanyakan perserta MLM 2016 dapat 3 dan 4 Ha daripada juri yang hadir.
Antara peribahasa yang menjadi pilihan peserta adalah seperti indah khabar dari rupa (Rayza), masuk kandang kambing mengembek masuk kandang harimau mengaum (BOCEY), dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung (Bora), Air dicincang tidak akan putus (Joras) dan banyak lagi.
Namun begitu secara keseluruhannya semua perserta membuat persembahan agak baik berbanding minggu-minggu sebelumnya.
Oh ya, Abam dari kumpulan BOCEY terpilih sekali lagi sebagai 'Man of the Match' pada malam itu.
Semoga terhibur dan dapat ambil yang baik dari lawak-lawak yang disampaikan.
#sebarkan hidup santai & tenang...

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.