Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sinopsis Drama Uda & Dara Di Saluran Astro

Sinopsis Drama Uda & Dara Di Astro. Berkisar drama adaptasi lagi karya Penulis tersohor Aisya Sofea. Drama Uda & Dara menggantikan Memori Cinta Suraya yang sudahpun tamat. Drama Uda & Dara mengisi slot di Astro bersiaran setiap Isnin hingga Khamis mulai pukul 6:00 petang. Mula bersiaran pada 24 Februari 2016.

Dahulu saya ada membeli novel Uda & Dara ni tetapi dah jual pada peminat novel terpakai kerana ruang rak buku saya sudah penuh..he he, kalau tidak boleh baca semula novel ni.

Lepas ini ramailah yang cari balik novel Uda & Dara ni. Rasanya dah lama novel ini diterbitkan oleh Alaf 21 S/B.
Sinopsis Drama Uda & Dara Di Saluran Astro
Sinopsis drama Uda & Dara Di Astro

Sinopsis Drama Uda & Dara Di Astro 


Drama Uda & Dara adalah drama adaptasi daripada novel terbaik Aisya Sofea yang menggunakan judul yang serupa.

Kasih sayang yang terbina antara Siti Mariam dan Izzat Hilman musnah sekelip mata angkara perselisihan faham dan kehendak keluarga Izzat Hilman. Ibu Izzat Hilman, Mak Cik Zainab mahukan Izzat Hilman dijodohkan dengan anak saudaranya, Khalidah. Siti Mariam kecewa. Di tambah dengan penghinaan dari orang yang paling disayanginya, Izzat Hilman. Walaupun itu cinta zaman kanak-kanak, Siti Mariam membawa sengsaranya hingga ke dewasa.

Dirinya membenci lelaki yang bernama Izzat Hilman. Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Izzat Hilman mahukan hubungan mereka kembali terjalin tetapi tidak pada Siti Mariam. Kenangan silam masih membayangi setiap langkahnya. Dia sedar, dahulunya dia adalah seorang gadis gemuk yang tidak cantik yang menjadi bahan ejekan lelaki itu. 

Tetapi kini apabila dia sudah menjadi seorang gadis yang cantik, yang langsing, lelaki itu mulai mendekatinya dan memuji-muji dirinya. Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi,kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. 

Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

Apakah yang berlaku pada hubungan Uda & Dara tersebut? Mampukah Siti Mariam membalas dendam kepada Izzat sedangkan pada masa sama perasaan cinta mereka begitu menebal? 

Adakah tempoh tujuh bulan itu benar-benar menjadikan mereka Uda & dara yang tidak mampu dipisahkan pula.

Saksikan drama Uda & Dara di saluran Astro sepanjang 60 episode. Drama Uda & Dara diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd.

Antara pelakon yang membintangi drama Uda & Dara adalah Zul Ariffin sebagai
Izzat Hilman, Siti Saleha sebagai Siti Mariam, Idris Khan, Dilla Ahmad, Anis Al-Idrus, Dynaz Mokhtar sebagai (Kak Yah), Zuhairah Zahir, Ezzaty Abdullah, Arash Mohd, Sherry Merlis dan ramai lagi.

Semoga banyak pengajaran yang boleh diperolehi daripada drama Uda & Dara ini. 

#sebarkan bahagia

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close