Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2016M /1437H | Apakah Pengorbananmu?

"Labbaikallahumma labbaik. Labbaikala syarika laka labbaik. Innalhamda wanni'mata laka walmulk. La syarikalak." 

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2016M /1437H...

Aidil Adha menjelang lagi. Menjemput tetamu yang tidak dikenali ke bumi haram sekali lagi, atas panggilan Haji dan panggilan Illahi. Entah bila kita yang masih menanti ini dapat dipanggil. Adakah kita sempat menjadi tetamuNya di bumi Mekah itu? Hanya doa yang mampu dipohon dan niat di hati tersimpul mati. Panggillah kami ya Allah menjadi tetamu Mu di musim Haji mendatang. Aamiin...

Allah berfirman dalam surah "Al-Isra" ayat 70 yang bererti;
"Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam. Kami angkut mereka di daratan dan di lautan. Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan."

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2016M /1437H | Apakah Pengorbananmu?


Selamat Hari Raya Aidil Adha 2016M /1437H | Apakah Pengorbananmu?  


Bila tiba bulan Haji, ada kisah yang pasti menggamit kita semua yang telah mendengarnya sejak dari kecil lagi. Dalam majlis ilmu, dalam ceramah agama musim haji, dalam kelas ustaz mengajar...banyak yang dikisahkan ceritera Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A.S.

So, dalam peluang yang ringkas ini saya kongsikan sekali lagi perjalanan kisah korban Nabi Ismail A.S.

 

Apakah Pengorbananmu?


Nabi Ismail a.s. adalah anak Nabi Ibrahim a.s. dan ibunya Siti Hajar. Siti Hajar adalah budak yang diberikan oleh Raja Mesir kepada Nabi Ibrahim a.s. Dari semenjak kecil hingga dewasa Siti Hajar dipelihara oleh Nabi Ibrahim a.s. sehingga diperisterikannya.

Sedangkan isteri pertama iaitu Siti Sarah dari semenjak muda belum mampu memberikan anak dan baru mendapatkan anak ketika usianya sudah lanjut, yang mana anak tersebut diberi nama Ishaq. Sebagaimana wanita lainnya, Siti Sarah rupanya merasa kurang senang bila Siti Hajar memperoleh anak terlebih dahulu daripada dirinya.

Kemudian Nabi Ibrahim a.s. membawa isterinya (Siti Hajar) dan Ismail yang masih bayi ke negeri Mekkah yang pada waktu itu masih merupakan padang pasir kosong yang belum di diami oleh manusia. Lalu atas perintah Allah s.w.t. Nabi Ibrahim a.s. pun kembali ke negeri Syam pada isteri pertamanya iaitu Siti Sarah.

Suatu ketika Siti Hajar kehabisan air, beliau sangat kehausan sehingga air susunya pun kering. Dalam usahanya mencari air, Siti Hajar berlari ke sana kemari sampai ke bukit Shafa dan Marwah. Kemudian Siti Hajar mendengar suara Malaikat Jibril yang menunjuk suatu tempat (Shafa) dimana bayinya (Ismail) dibaringkan dalam keadaan menangis sambil merentak-rentakan kakinya. Atas izin Allah s.w.t. berhampiran Ismail menangis itu, memancarlah air mata air. Siti Hajar tergesa-gesa menampungnya. Kemudian Malaikat Jibril berkata kepada air yang berlimpah-limpah itu "Zam-Zam!" yang ertinya "Berkumpullah!" maka air itu berkumpul untuk kemudian menjadi telaga dan sampai saat ini disebut telaga Zam-zam. Usaha Siti Hajar mencari air kesana kemari dari bukit Shafa ke Marwah dijadikan salah satu rukun Haji yang disebut Sha'i, iaitu berjalan kaki dari Shafa ke Marwah, pulang pergi tujuh kali.

Apabila Nabi Ibrahim a.s. kembali ke Mekkah, keadaan tempat dimana anak isterinya ditinggalkan telah berubah menjadi desa yang subur dan makmur.

Suatu ketika Nabi Ibrahim a.s. bermimpi menyembelih anaknya iaitu Nabi Ismail a.s. Lalu dikatakannya hal itu kepada Ismail, anaknya yang sudah besar itu pun menjawab, 
"Hai bapaku, kerjakanlah sebagaimana diperintahkan Allah iaitu menyembelihku, mudah-mudahan bapa akan menyaksikanku berhati sabar". 
Maka Nabi Ibrahim a.s. pun membaringkan Ismail ke tanah dengan maksud akan disembelihnya. Pada saat itulah Allah s.w.t. menebusnya/menggantinya dengan seekor biri-biri (kibas) yang besar. Kerana sabar dan takwanya, maka Ismail pun diangkat menjadi Rasul Allah.

Nabi Ibrahim a.s. bersama anaknya iaitu Nabi Ismail a.s. kemudian mendirikan Ka'bah (Baitullah) yang menjadi qiblat bagi umat manusia sedunia dalam beribadah.

Setelah usianya dewasa, Nabi Ismail a.s. menikah dengan seorang wanita Jurhum. Pada suatu hari, berkunjunglah Nabi Ibrahim a.s. ke rumah anaknya, disambut oleh menantunya. Menyaksikan menantunya seorang yang tidak berbudi, Nabi Ibrahim berkata kepada menantunya, 

"Jika nanti suamimu pulang dari berburu, ceritakanlah kepadanya, bahawa ada seorang tua yang ciri-ciri dan sifatnya begini dan begini datang berkunjung. Katakan pula kepadanya bahawa aku tidak menyukai bandur rumahnya, hendaknya ditukar dengan yang lain." Kemudian Nabi Ibrahim a.s. pulang.

Setelah tiba Nabi Ismail a.s. oleh isterinya diceritakanlah kedatangan Nabi Ibrahim a.s. lengkap dengan pesannya "Itulah bapaku" ujar Nabi Ismail a.s. "Dan beliau tidak suka kepadamu kerana budimu yang kasar dan rendah." Lalu Nabi Ismail a.s. menceraikan isterinya dan berkahwin lagi dengan wanita jurhum yang lain. Ternyata Nabi Ibrahim a.s. sangat setuju dengan menantunya yang kedua ini.

Nabi Ismail a.s. dikurniakan oleh Allah s.w.t. iaitu anak berjumlah dua belas orang dan mereka menjadi pemimpin-pemimpin atas kaumnya yang dinamakan Arab Musta'ribah.

Nabi Ismail a.s. yang disukai Allah s.w.t. diutus ke negri Yaman dan Amliq untuk menyeru manusia supaya bertaqwa kepada Allah s.w.t. bersembahyang dan membayar zakat. Dan menurut salah satu riwayat, Nabi Ismail a.s. meninggal pada usia 137 tahun di Palestina. Namun menurut riwayat yang lain, Nabi Ismail a.s. meninggal dunia di Mekkah. 


Bulan Haji ada kenangan, sedih dan gembira bercampur baur. Perginya dihantar dengan ceria namun kepulangan dinanti dia tak tiba-tiba. Allah lebih sayangkannya, telah dipilih si dia tercinta bersemadi di tanah haramNya.

Semoga DOA kami sampai kepada sidia, ayahanda yang telah tiada. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close