"Ramai yang tidak menyedari mereka mempunyai pasangan yang baik. ini kerana mereka hanya memikirkan yang buruk." - (al-Faqir Ila Rabbihi Muhamad Abdullah)
Perkahwinan adalah seperti sebuah kapal yang sedang dalam pelayaran. Kemanakah arah yang nak di bawa, selamat sampai atau sebaliknya bergantung kepada kapten kapal tersebut. Begitulah juga realiti kehidupan rumahtangga, seorang kapten kapal mestilah seorang yang berilmu dalam membawa seluruh ahli keluarganya ke jalan yang benar. Salah satu ahli penting dalam sebuah keluarga adalah isteri. Jadi, isteri yang bagaimana mampu menghadapi dugaan di dalamnya? Sudah tentu, seorang isteri yang solehah.
![]() |
| 7 Cara Menjadi Isteri Solehah |
Artikel di bawah adalah perkongsian daripada bicaraneem, yang saya rasakan ia sebagai sebuah coretan dan nasihat yang bagus untuk kita yang bergelar wanita muslim. Apabila berkahwin, maka status bertukar kepada isteri, jadi kita mesti menyimpan cita-cita menjadi isteri yang solehah.
7 Cara Menjadi Isteri Solehah
(Daripada Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin dalam Soal Jawab Edisi 8 meletakkan 7 syarat menjadi isteri solehah.)
1. Ada hidayah daripada Allah.
Allah SWT menceritakan hal ini:
"Allah membuat isteri Nuh dan isteri Lut sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Kedua-duanya berada dibawah pengawasan dua orang hamba yang soleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua-dua isteri itu berkhianat kepada suaminya (masing-masing), maka suami mereka itu tiada dapat membantu mereka sedikit pun daripada (seksa) Allah; dan dikatakan (kepada kedua-duanya):"Masuklah ke dalam Jahannam bersama orang-orang yang masuk (Jahannam) ~ At-Tahrim 66:10
2. Ada niat untuk menjadi isteri yang solehah.
3. Taat kepada suami
Sudah ada 3 cara yang disebutkan di atas, nak jadi isteri solehah pun kita kena mengharap taufik dan hidayah Allah. Kemudian mesti ada niat nak jadi isteri solehah dan seterusnya berlatih taatkan suami, ikut permintaannya, ke arah kebaikan. Jika diminta buat maksiat, tak perlu taatkan suami itu. Faham ya?
4. Ada sifat-sifat isteri yang solehah
5. Ada amalan isteri yang solehah
6. Meletakkan Allah SWT dan Rasul sebagai cinta pertama
7. Banyakkan berdoa
Penutup
Begitulah perkongsian yang saya rasa ia sebagai peringatan terbaik buat diri saya sendiri dan juga pembaca blog Inspirasi Wanita. Oleh yang demikian, untuk menjadi isteri yang solehah, seseorang isteri itu perlu mendoakan dirinya. Bagi suami pula, doakanlah isterinya agar menjadi isteri yang solehah. Jika orang tua-tua kita pernah berkata, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, Ustaz menambah, sayangkan isteri doa-doakan. Ini kerana, doa suami akan membantu perubahan diri isteri dalam usaha mereka untuk menjadi isteri yang solehah.
Menjadi isteri solehah memang idaman semua wanita muslim walau hanya terdetik dalam hati. Yang penting niat dalam hati, niat yang baik pun dah dapat pahala. Inikan pula bila kita mencari ilmu untuk menjadi wanita dan isteri solehah.
Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kita semua. Insyaa Allah.



Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.