Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Rahsia Khusyuk Dalam Solat Yang Ramai Tak Tahu

Rahsia Khusyuk Dalam Solat Yang Ramai Tak Tahu. Susah nak khusyuk bila tengah solat ada gangguan di sekitar kita. Mulut, telinga, mata dan anggota badan pun tak selesa bila sedang solat ada gangguan macam tu..

Anda nak tahu cara mudah nak khusyuk dalam solat? Baca catatan saya di bawah ini hingga habis. Bacaan ini memerlukan tumpuan penuh agar anda faham apa yang cuba disampaikan.

Rahsia Khusyuk Dalam Solat Yang Ramai Tak Tahu


Rahsia Khusyuk Dalam Solat Yang Ramai Tak Tahu
Surah al Kautsar rahsia khusyuk dalam solat

Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk khusyuk dalam solat. Antaranya:

1. Faham bacaan dalam solat
2. Fokus
3. Membesarkan Allah SWT iaitu rahsia di sebalik bacaan dalam solat
4. Rasa mengharap kepada Allah
5. Rasa kagum dan takut kepada Allah
6. Rasa malu dan hina diri

Tapi ada satu cara yang boleh diamalkan dengan kerap dan yakin anda boleh mencapai khusyuk dalam solat.

Tahukah anda membaca surah al kautsar sebanyak-banyaknya ikut kemampuan setiap hari boleh menghadirkan khusyuk dalam solat. Bacaan surah al kautsar seperti di bawah.


Bacaan Surah al Kautsar dalam rumi,

Inna ak'toina kal kautsar
Fasoll lilirabb bikawan harr
Innasyaa niakalhuwal abtar

Maksudnya:

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

Apakah sebabnya dikatakan surah Al Kautsar dapat menghadirkan khusyuk dalam solat bila dibaca berulang kali? Kerana, pada ayat ke 2 surah al Kautsar ada disebutkan.. "kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu.." bermakna, hanya kepada Allah kita solat, kerana Allah kita solat dan kepadanya penyerahan jiwa diserahkan. Itulah keyakinan yang amat tinggi dan terjadinya fokus segala perasaan jiwa dan raga kita ketika solat.

Wallahua'lam.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close