Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Resepi Gulai Kuning Ikan Tenggiri

Resepi Gulai Kuning Ikan Tenggiri. Ruangan Resepi kali ini akan berkongsikan resepi tenggiri masak gulai kuning. Ikan tenggiri sedap di masak kicap, atau juga asam pedas. Kali ini kita cuba pula resepi tenggiri masak gulai kuning.

Ikan tenggiri adalah antara ikan yang kurang digemari oleh keluarga kami. Mungkin isinya yang agak kasar dan tawar menyebabkan ikan tenggiri tidak berapa sedap digoreng garing dengan garam dan kunyit. Lain halnya dengan ikan kerisi dan gelama basah. Memang sedap digoreng garing dan di makan dengan sayur lemak putih. Masing-masing ada citarasa sendiri, kan..


Resepi Gulai Kuning Ikan Tenggiri


Bahan-bahan:

1/2 biji kelapa di ambil santan
2 keping tenggiri (direbus terlebih dahulu)
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai cili kering
2 biji cili hijau
4 batang kacang panjang
Asam keping, gula dan garam secukup rasa

Cara menyediakan Gulai Kuning Ikan Tenggiri


1. Tumbuk bawang merah, lengkuas, kunyit, bawang putih dan cili kering

2. Masak santan dan bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga mendidih

3. Kemudian masukkan kacang panjang, cili hijau, ikan tenggiri, garam, gula dan asam keping

4. Kacau hingga masak sebelum dihidang.

Resepi Gulai Kuning Ikan Tenggiri
Gambar dari Google

Resepi gulai kuning ikan tenggiri siap untuk dihidangkan. Jika mahukan warna lebih kuning cantik, boleh gunakan serbuk kunyit sebagai ganti kunyit hidup. Rasanya pun sama saja, insyaa Allah.

Selamat mencuba.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments