Sebelum ini, jika nak keluar duit KWSP akaun 2 untuk selesaikan baki pinjaman, ada tarikh kuat kuasa atau tempoh belajar tertentu yang dibenarkan. Namun kini, KWSP jadikan pengeluaran Akaun 2 untuk bayar baki pinjaman pendidikan terbuka kepada semua tarikh belajar dijalankan.
![]() |
| Gambar hiasan |
Akaun 2 KWSP Boleh Digunakan Untuk Selesaikan Baki Pinjaman Pendidikan
Dari sumber Berita Harian Online, Mulai 21 Julai 2017, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menggunakan simpanan dari Akaun Dua untuk menyelesaikan baki pinjaman pendidikan mereka.
Pengeluaran itu tidak lagi terhad kepada tarikh kuatkuasa perjanjian pinjaman pendidikan masing-masing.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP, Datuk Mohd Naim Daruwish, berkata penambahbaikan polisi itu memanfaatkan 70,000 ahli yang belum menyelesaikan baki pinjaman pendidikan.
Beliau berkata, ia dilakukan selepas mengambil kira maklum balas ahli yang mengalami kesukaran mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman pendidikan menggunakan simpanan mereka.
"Pihak KWSP sentiasa memberikan pengalaman positif kepada ahli dan berusaha melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa," kata agensi itu dalam kenyataan.
Dalam pada itu, Mohd Naim berkata syarat baharu itu terbuka kepada semua tarikh kuatkuasa pinjaman yang tertakluk kepada syarat semasa pengeluaran akaun kedua ketika ini.
Katanya, ia masing-masing menggantikan syarat semasa untuk pembiayaan pengajian anak ahli di peringkat ijazah dan ke atas serta setaranya pada 1 April 2000; pembiayaan pengajian ahli peringkat diploma dan ke atas serta setaranya pada 2 Januari 2001; dan pembiayaan pengajian ahli dan anak di peringkat diploma dan ke atas atau setaranya pada 17 Januari 2006.
Semoga bermanfaat.


Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.