Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Template Responsive Mesra SEO Tingkatkan Trafik & Income Blog

Template Responsive Mesra SEO Tingkatkan Trafik & Income Blog. Template adalah satu subjek yang sering diperkatakan oleh blogger. Nak cari template yang sesuai, menarik, mudah dikendalikan dan yang penting mesra SEO agak sukar. Tidak semua template yang nampak sofistikated itu mesra SEO. Ada juga yang kononnya mesra SEO tetapi yang ada habuuk.. tak serupa nama..

Tak perlu modal nak beli template yang bagus dan mesra SEO. Jika anda pandai sikit dan rajin.. google je blog atau website yang sediakan template blog secara free atau percuma. Macam-macam ada..

Template Responsive Mesra SEO Tingkatkan Trafik & Income Blog
Template Newcon News Blogger Template
Bila dah ada template yang bagus, jangan duduk goyang kaki. Kena buat kerja lebih sikit iaitu buat konten yang ikut step SEO. Tak boleh la goreng kosong je, kena letak rempah ratus dalam artikel anda tu. Ok?

Template Responsive Mesra SEO Tingkatkan Trafik & Income Blog


Memilih template yang SEO ready memang kritikal. Maknanya.. blogger mesti pasang template yang mesra SEO dalam usaha untuk menjana income dari blog. Betul tak?

Jangan malu bertanya jika anda tak tahu pilih template yang sesuai dan boleh mendatangkan untung jangka panjang. Blog yang mendapat trafik yang tinggi boleh disebabkan konten yang bagus dan populariti seseorang blogger tersebut. Namun, ilmu SEO yang betul diaplikasikan pada blog, anda akan dapat trafik original daripada enjin carian dan ia kekal lama. Dalam jangka panjang, anda akan dapat hasil yang anda tidak jangkakan.

Contohnya saya.. dulu buat blog kerana minat menulis. Kemudian saya perasan bahawa ramai blogger yang buat duit dengan blog. 7 atau 8 tahun dulu, saya mula dapat akaun Google Adsense. 2 tahun pertama, saya hanya main-main pasang iklan dan menulis dalam keadaan syok sendiri. Kemudian tahun 2011 atau 2012 ( tak berapa ingat), saya mula pasang iklan Adsense dengan betul dan menulis dengan lebih kerap dan mengikut niche tertentu. Alhamdulillah.. akhirnya saya menjana hingga RM14,000 setahun dengan hanya memasang iklan Adsense.

Nak tahu template yang saya pernah guna untuk tingkatkan trafik dan sekaligus jana income yang di luar dugaan? Meh tengok..

1. Template Sang Responsive SEO Blogger Template - saya pakai agak lama, lebih kurang 2 tahun. Dari template ini saya mula dapat cecah trafik/ PV 30K sehari.

2. Ijonkz Responsive Blogger Template - template ini sesuai untuk blog yang ada banyak topik. Ia sesusi untuk blog majalah. Saya pakai template ini hanya 6 bulan kerana agak susah nak customize mengikut kehendak saya.

3. Newcon News Blogger Template - antara template yang saya guna, kerana kemas dan SEO ready. Template ini amat mudah diubahsuai mengikut warna tema, jenis tulisan yang kita suka dan mudah nak blend dengan ikkan adsense.

Semua template yang saya guna adalah percuma.

Saya juga ada share template kepada blogger yang ingin dapatkan nasihat saya. Saya memang tak menjual template yang telah saya ubahsuai kerana bagi saya kongsi apa yang kita ada untuk kembangkan ilmu, apa salahnya. Bila kita berjaya, bawalah orang lain untuk ikut sama berjaya macam kita.

So, anda dah lihat bagaimana perjalanan blog ini dengan template yang sesuai telah membantu saya menjana income lebih RM14,000 setahun.

Nak tunggu lagi? Ubahlah template blog anda untuk hasil blog yang menguntungkan dan membawa manfaat yang lebih luas.

Selamat berblog ya!

Read More ....


Post a Comment

6 Comments

  1. semuanya yg dilistkan sgt friendly seo dan mobile phone..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah terima kasih kak perkongsian..PC pun sedang mencari template juga ni...

    ReplyDelete
  3. Blog ni macam laju juga. Loading tak berat. Ada buat test berapa milisecond? By the way, blog ini juga saya senaraikan bersama beberapa blog lain, pada bahagian footer di bawah kategori "Community." Itu pasal terjumpa artikel ni, kalau tidak... tidak lah.

    ReplyDelete
  4. wah terima kasih kerana sudi kongsikan list tempalte responsive yang mesra seo.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close