
6 Prinsip Kejayaan Yang Semua Orang Boleh Buat
Nak berjaya dalam hidup dan kerjaya, anda kena ada prinsip. Prinsip kejayaan ada banyak dan ada yang senaraikan prinsip kejayaan berdasarkan pencapaian masing-masing. Prinsip kejayaan antara pelajar dan usahawan juga berbeza TETAPI mempunyai asas yang sama iaitu melakukan apa pun dengan cara yang terbaik dan sehabis baik!!
1. Buat perkara yang disukai
Cari minat sebenar. Lakukan apa yang disukai sehingga ia membawa perbezaan, Satu-satunya cara untuk mendapat hasil kerja yang terbaik adalah mencintai apa yang telah dilakukan.
2. Jadikan ia berbeza
Mempunyai pemikiran berbeza dan sentiasa berfikiran luar biasa.
3. Lakukan yang terbaik
Jangan leka! hanya kejayaan akan membina lebih banyak kejayaan.
4. Mula kecil, berfikiran besar
Selesaikan perkara yang lebih mudah terlebih dahulu dan diikuti dengan perkara yang lebih rumit, Fikirkan tentang masa hadapan bukan untuk esok hari sahaja.
5. Pelajari dari kegagalan
Belajar dari kegagalan adalah satu hasil yang terbaik kerana kita tidak akan mengulangi kesilapan lalu.
6. Membuat analisis S.W.O.T
Sebaik sahaja telah mempunyai perniagaan, buat satu senarai tentang kekuatan dan kelemahan diri dan perniagaan. Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan demi keuntungan perniagaan.
S-STRENGTHS, - KEKUATAN
W-WEAKNESSES, - KELEMAHAN
O-OPPORTUNITIES - PELUANG
T-THREATS. - ANCAMAN
Inilah salah satu analisis yang boleh dilakukan ke atas perniagaan yang sedang kita usahakan. Kalau untuk kehidupan, kita pun boleh adaptasikan cara di atas untuk mengatasi masalah diri kita sendiri. Setiap kekurangan boleh diperbaiki dan peluang dalam hidup datang dalam pelbagai cara. Jangan takut dengan ancaman jika kita telah bersedia dengan bekalan dalam perjalanan hidup ini.


Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.