Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Domain Rasa Dan Tips Nama Baru Bagi Aynorablogs.Com Kerana Serangan Virus

Domain Rasa Dan Tips Nama Baru Bagi Aynorablogs.Com Kerana Serangan Virus. Pada tarikh 19 Februari 2018 tamatlah sudah domain aynorablogs.com. Saya delete nama domain tersebut dan gantikan dengan www.rasadantips.com. Entah di mana silap, walau dah buat pembersihan dan sebagainya.. blog saya terus diserang virus malware. Akhirnya saya terpaksa buang domain aynorablogs yang saya dah guna lebih dari 6 tahun lamanya. SEO pun dah kuat. Tapi apo nak di kato.. redholah kan..

So, anda yang tercari-cari blog aynorablogs.com janganlah risau. Blog dah tukar nama domain baru iaitu RasaDanTips.com.

Domain Rasa Dan Tips Nama Baru Bagi Aynorablogs.Com Kerana Serangan Virus

Domain Rasa Dan Tips Nama Baru Bagi Aynorablogs.Com Kerana Serangan Virus


Bagi anda yang menghadapi masalah macam saya, mesti stress kan bila blog diserang virus. Walau dah buat macam-macam cara.. pun masih juga gagal menghalau virus tersebut dari blog saya.

Dalam forum Google dan Adsense ada yang ajar step by step tapi masih gitu jugak. Last sekali, nasihat Google adalah site owner kena tukar website. Tukar nama domain. Itu yang terhasilnya rasadantips.com.

Di harap anda di luar sana terus memberikan sokongan kepada blog kecil ini.

Mesti ramai nak tahu apa jadi dan kesannya bila blog diserang virus Malware macam saya. Baiklah.. antara kesannya adalah:

1. Trafik menjadi kosong kerana orang tak singgah di blog, blog ada tanda amaran
2. Income Adsense terus kosong jugak
3. Alexa Rank jatuh menjunam
4. Iklan tidak keluar.
5. SEO dah tunggang langgang. Kena naikkan balik SEO blog. Ni yang susah.. Google pun lambat nak index blog kita sebab domain baru. Hihi..
6. Tuan blog jadi stress dan tak ada mood nak menulis.

Jadi, macam mana nak buat lepas tukar domain tu? Nak syncronize kan post blog lama dengan domain baru.

Tukar nama domain dalam dashboard blogger.com., jika anda pengguna blogspot macam saya la. Domain baru saya beli kat GoDaddy.com. Sebab dah biasa...

Anda set up balik semuanya. Kat menu bar, pada link-link yang ada nama domain lama, semua kena setup semula.

Pada dashboard blog, kena masuk semula sitemap dengan nama domain baru.

Jangan lupa submit sitemap di Google Webmaster Tools. Kalau tidak Google lambat index post anda yang dahulu hinggalah sekarang.

Semak semula Google Analytics anda. Adakah ia telah di setup dalam template dan sebagainya.

Mana-mana widget yang mengandungi alamat domain lama kena tukar kepada nama domain baru. Bukan kerja mudah ya kekawan..

Tak mengapa jika anda tak berapa pandai nak setup semula, buat perlahan-lahan. Dapatkan nasihat dari rakan-rakan blogger yang ada pengalaman blog di serang virus. Blog aynorablogs.com dah tak boleh diselamatkan.. maka terpaksalah tukar nama lagi.. 😓😓😓

Namun kena ingat, berhati-hati bila nak download sesuatu applikasi, widget, gambar, video dan sebagainya dari sumber lain. Jangan mudah percaya dengan widget atau segala macam aplikasi percuma. Takut nanti blog kesayangan anda jadi mangsa virus malware macam saya..

Read More ....


Post a Comment

5 Comments

  1. kalau pakai wordpress boleh pakai wpmu dev, ada plugin defender

    ReplyDelete
  2. bese depa masuk dari skrip yang pakai tu, takpun inject ikut template kalau template free

    ReplyDelete
  3. bukan virus serang domain biasanya tp script template yg dipakai itu di inject malware..dulu pernah kena macam ni..tukar template lain baru ok...template percuma mmg mcm tu..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih semua dengan pandangannya.. i will noted in future.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close