Apam balik sedap juga dimasak untuk sarapan atau menu minum petang. Nak yang rangup atau pun lembut gebu gebas, terpulang.

Resepi Apam Balik Paling Mudah Guna Blender
Bahan-bahan:
1 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
*Blend atau kisar semua bahan di atas
1 1/2 cawan air
2 cawan tepung gandum
Isi dalam apam balik
Jagung
Kacang tanah hancur
Gula
Cara buat apam balik mudah guna blender
![]() |
Gambar hiasan |
1. Blender semua bahan yang di atas (*).
2. Masukan 1 1/2 cawan air. Last masukkan 2 cawan tepung gandum
3. Perap bahan-bahan yang dah diblender anggaran 30 minit terus masak guna kuali non stick. Cara macam buat lempeng.
*** Kalau rajin dan sabar, boleh tunggu 1 jam , Saya buat nk cepat, nak makan segera...
4. Bila apam dah keperangan di bawahnya, bolehlah masukkan isinya seperti jagung dalam tin, kacang tanah hancur dan gula.
5. Lipat dua dan boleh dihidangkan ketika panas. Sedap tuu...
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.