Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Susunan Atau Senarai Wali Perempuan Yang Sah Mengikut Hukum Syarak

Susunan Wali Perempuan Yang Sah Mengikut Hukum Syarak. Dalam islam setiap perkahwinan yang sah mestilah mengikut rukun yang ditetapkan syarak. Antara syarat rukun nikah adalah seorang islam, wali, saksi yang sah dan sebagainya. Menyentuh soal wali, tentu antara kita ada yang kurang tahu jika senarai orang yang boleh jadi wali pernikahan itu banyak, bukan setakat bapa kandung, bapa saudara dan, abang sahaja.

Mari kita lihat senarai susunan wali perempuan yang sah mengikut syarak.

Susunan Wali Perempuan Yang Sah Mengikut Hukum Syarak
Gambar hiasan

Susunan Wali Perempuan Yang Sah Mengikut Hukum Syarak

Susunan atau tertib Wali Perempuan yang sah mengikut Hukum Syarak adalah seperti berikut:

  • Bapa Kandung.
  • Datuk Sebelah Bapa Ke Atas.
  • Adik Beradik Lelaki Seibu-sebapa.
  • Adik Beradik Lelaki Sebapa.
  • Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
  • Anak Saudara Lelaki Sebapa.
  • Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
  • Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa.
  • Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa.
  • Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa.
  • Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya.
  • Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.
  • Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Moyangnya.
  • Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya.
  • Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa (Sepupu lelaki).
  • Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu lelaki).
  • Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa.
  • Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa.
  • Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya.
  • Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.
  • Wali Hakim.

Daripada Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW bersabda:

أَيُّمَا امْرَأَةٍ نَكَحَتْ بِغَيْرِ إِذْنِ وَلِيِّهَا فَنِكَاحُهَا بَاطِلٌ بَاطِلٌ بَاطِلٌ فَإِنِ اشْتَجَرُوْا فَالسُّلْطَانُ وَلِيُّ مَنْ لاَ وَلِيَّ لَهُ

Maksudnya: “Seorang wanita yang berkahwin tanpa izin walinya maka pernikahannya adalah batil, batil, batil. Dan apabila mereka (wali) bersengketa, maka pemerintah adalah wali bagi wanita yang tidak memiliki wali.”

Riwayat Ahmad (24417), Abu Daud (2083) dan al-Tirmizi (1102)

Dalam hadis yang lain, daripada Abi Musa al-Asy’ari R.A, Rasulullah SAW bersabda :

لاَ نِكَاحَ إِلاَّ بِوَلِيٍّ

Maksudnya: “Tidak sah pernikahan kecuali dengan adanya wali”.

Riwayat Abu Daud (2085) Tirmidzi (1101) dan Ibn Majah (1881)

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

لاَ تُزَوِّجُ الْمَرْأَةُ الْمَرْأَةَ وَلاَ تُزَوِّجُ الْمَرْأَةُ نَفْسَهَا وَالزَّانِيَةُ الَّتِى تُنْكِحُ نَفْسَهَا بِغَيْرِ إِذْنِ وَلِيِّهَا

Maksudnya: “Wanita tidak boleh mengahwini wanita (wanita tidak boleh jadi wali). Dan tidak boleh pula wanita menikahkan dirinya sendiri. Wanita penzina adalah wanita yang menikahkan dirinya sendiri.”

Riwayat Ibnu Majah (1882), al-Daraqutni (384) dan al-Baihaqi (7/110)

Perkahwinan yang dilakukan di dalam kawasan di mana wali mujbir kepada perempuan bermastautin hendaklah dilakukan dengan izin daripadanya. Namun, jika perempuan tersebut keluar daripada kawasan tersebut sejauh dua marhalah maka perkahwinan tersebut sah walaupun tanpa mendapatkan persetujuan wali.

Bacaan selanjutnya, Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close