Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Hilangkan Bosan Di Tempat Kerja

Advertisement
Cara Hilangkan Bosan Di Tempat Kerja - Apakah hari yang paling membosankan anda untuk memulakan kerja? Adakah hari Isnin hingga ia digelar 'monday blues'? Atau adakah hari Jumaat iaitu hari akhir bekerja yang dipanggil weekend. Tempat kerja adalah rumah kedua anda. Seharusnya ia dijadikan tempat yang seronok untuk dilalui dan mendapatkan motivasi yang lebih tinggi.

Ada ketikanya tempat kerja jadi tempat paling bosan untuk didiami. Kita menjadi tidak bersemangat, lemah, malas lalu menjadikan prestasi anda merundum. Bila perkara ini berlaku, bos anda sedang memerhatikan anda. Jadi, jaga-jaga.

Carilah faktor yang menjadi pemangkin semangat anda untuk bekerja dan hilangkan kebosanan yang membahayakan periuk nasi anda.

Cara Hilangkan Bosan Di Tempat Kerja


Cara Hilangkan Bosan Di Tempat Kerja


1. Pasangkan muzik yang menyegarkan

Kita tentu bosan bila bekerja di tempat yang senyap sunyi. Bila-bila masa mata boleh tertutup rapat dan dibuai mimpi. Lebih-lebih lagi jika kita berada dalam bilik bersendirian. Jadi, untuk menghindarkan kebosanan tersebut pasangkan muzik yang boleh menyegarkan minda.

2. Kemas meja anda setiap hari

Pastikan meja anda kemas apabila mahu pulang dari kerja. Bila anda memulakan kerja keesokan harinya, anda memulakan hari dengan rasa tenang kerana meja anda kelihatan rapi. Jika meja berserabut, kita pun mudah bosan dan tak suka duduk dalam pejabat. Letakkan bunga perhiasan atau gambar keluarga yang ceria di tepi meja atau komputer anda. Ini pasti boleh menaikkan mood ceria anda!

3. Rancang jadual kerja anda dengan santai

Tentukan sesuatu kerja mengikut keutamaan/ prioriti. Rancang jadual kerja anda secara santai. Jangan tertekan sangat.

4. Jadikan dapur di pejabat tempat menenangkan diri dengan secawan kopi

Ya! Jangan terlalu khusyuk menghadap komputer hingga anda tiada mood. Anggaran 2 jam sekali masuk ke ruang dapur pejabat anda dan minumlah air suam. Atau jika mengantuk, bancuh secawan nescafe atau kopi sebagai penyegar diri.

5. Hormati kawan sekerja anda

Hormati orang lain. Jangan bermusuh dengan rakan sekerja di tempat kerja. Anggap segala teguran dan pertengkaran sewaktu kerja sebagai muzik yang datang dan pergi dalam hidup anda. Ada ketika kita stress, rakan sekerja lah tempat kita meluahkan segala yang terbuku. Jadi, jika rakan sekerja mempunyai hubungan yang baik dengan kita, tidak timbul rasa bosan dalam diri. Sesekali belanja rakan sekerja kerana mereka pun sebenarnya ada tekanan dengan kerja, seperti kita.  

6. Berjenaka

Ruang kerja yang terlalu tegang kurang baik untuk motivasi diri. Jika ada rakan sekerja anda yang stress dan mulai bosan, buatlah awak jenaka bagi mengembalikan mood mereka. Walau anda hanya seorang pelawak yang pandai buat jenaka bodoh, apa salahnya. Bila rakan sekerja tertawa dengan lawak kita, itu tandanya tahap bosannya dapat diubati.

Akhir kata, tempat kerja adalah tempat kita mencari rezeki. Dengan suasana kerja yang ceria dan bersih, kita dapat memberikan tumpuan seratus peratus dan output yang cemerlang. Jangan jadikan alasan kebosanan menyebabkan prestasi anda merundum. Buat sesuatu supaya anda terus kekal seronok bekerja dengan ikhlas.

Selamat bekerja. Tiada hari bosan lagi di tempat kerja jika anda tahu cara mengatasinya.

Selamat berjaya. Sebarkan bahagia.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close