Header Ads

Jaga Lisan Dari Kalimat Yang Boleh Melukai Orang Lain


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Jaga Lisan Dari Kalimat Yang Boleh Melukai Orang Lain
Jaga Lisan Dari Kalimat Yang Boleh Melukai Orang Lain. Kita hidup bukan kekal selamanya di dunia. Satu masa akan kembali kepada asal kejadian iaitu ke tanah jua. Akan kembali kepada Sang Pencipta. Jadi, apakah yang nak kita bawa ke sana nanti? Adakah kesombongan? Keangkuhan? Tak cukup juga? Bolehkah dibawa kemewahan yang dipuja-puja ketika di dunia?

Oleh itu, belajarlah jaga lisan, adab pergaulan dan hati orang di sekeliling kita. Bukan jaga hati sendiri. Jaga juga hati orang lain, adakah kita telah menyakiti hati mereka? Adakah kita telah gagal melawan lisan kita yang boleh melukai orang lain.

Jaga Lisan Dari Kalimat Yang Boleh Melukai Orang Lain
Add caption

Jaga Lisan Dari Kalimat Yang Boleh Melukai Orang Lain


Sesungguhnya telinga, penglihatan dan hati masing-masing akan dipersoalkan di akhirat nanti. Semuanya tidak terkecuali.

Jaga lisan dari kalimat yang melukai orang lain. Jaga tangan daripada menulis hal-hal yang boleh mengeruhkan keadaan. Jaga hati untuk tidak mempunyai persepsi negatif terhadap orang lain. 

Jaga tindakan ini agar kita termasuk dalam golongan yang diredhai Allah.

Sesungguhnya, dalam tubuh manusia ada segumpal daging yang dengannya apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuhnya. Apakah itu? Itulah yang dipanggil hati. Hati yang baik tergambar di wajah yang tenang dan jernih.

Hidup akan aman damai jika kita saling hormat menghormati orang lain dan menjaga lisan, mata dan hati kita. Insyaa Allah..

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.