Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Resepi Apam Nasi Paling Mudah, Sukatan Cawan!

RESEPI apam nasi tersangat mudah.. rugilah kalau tak cuba sendiri. Buat je ikut arahan caranya langkah demi langkah. Pasti jadi. Ramai yang dah cuba resepi apam nasi paling mudah ni. Dah lah rasanya best. Sedap.

Apam nasi atau apam beras antara menu kuih yang mudah disediakan dan tak perlu takut jika kuih tu terhangit atau terlebih bakar. Sebab ia hanya guna teknik kukusan. Apam kukus ni pun sihat. Bahan resepinya tak ada berlemak sana sini. Hehe...

Resepi Apam Nasi Paling Mudah, Sukatan Cawan!

Resepi Apam Nasi Paling Mudah, Sukatan Cawan


Bahan-bahan:

2 cawan Nasi
2 1/2 cawan Air
1 1/2 cawan Gula
2 cawan Tepung Beras
2 cawan Tepung Gandum
1peket kecil mauripan @ Ragi instant.. (yis)
1 atau 2 pewarna, jika suka

Cara memasak apam nasi paling sedap!!


1. Semua bahan masuk dalam blender dan blend hingga halus.

2. Kemudian perap 1 - 2 jam.. saya biasanya perap 1 jam aje dah gebu...

3. Kemudian tu dah boleh kukus dalam acuan kecil 10 - 15 minit.. Jangan lupa sapu minyak kat acuan apam tau... untuk elak melekat.

Resepi Apam Nasi Paling Mudah, Sukatan Cawan!


Sesiapa yang nak share, silakan..saya halalkan sebab saya pun bersyukur jumpa resepi yang senang.

Kalau nak dapat apam nasi yang banyak, adjust pada sukatan bahan-bahan tadi.

Makan cicah dengan kelapa parut campur garam, sedap sangat. Selamat mencuba!!


#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments