Jangan malu untuk bertaubat kerana Allah tidak pernah menolak permohonan dan penyesalan seorang hamba.
Jangan berhenti beristighfar agar Allah tahu kesungguhan kita untuk berubah dari sehari ke sehari.
Apa Itu Taubat Dan Syarat-Syaratnya
Pada pendapat ulama, maksud taubat adalah seperti berikut;
⏺ Menurut riwayat Ibnu Abbas RA, taubat nasuha ialah sesal dengan hati, istighfar dengan lidah, buang perlakuan maksiat dengan tubuh badan dan berazam tidak kembali semula dengan dosa dan maksiat yang dilakukan sebelum ini.
⏺ Imam al Ghazali : Pembersihan dan penyucian hati daripada dosa

⏺Zu al-Nun al-Misri : Taubat orang awam adalah taubat dari dosa sedangkan taubat orang alim adalah taubat dari lalai
⏺ Sahl bin Abdullah : Meninggalkan anganan yang mendatang
Syarat-syarat taubat;
1. Menjauhi dan meninggalkan dosa dengan sukarela
2. Menyesal kerana telah melakukan dosa tersebut
3. Berazam dan bertekad untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Semoga bermanfaat.

Semoga Allah menerima taubat kita
ReplyDelete