Apa Itu Taubat Dan Syarat-Syaratnya

Aynora
By -
1
Apa Itu Taubat Dan Syarat-Syaratnya. Ramadan dah dekat, adakah kita dah bersedia? Adakah kita telah meninggalkan segala dosa semalam dan bertaubat kepada Allah? Jika belum, maka marilah kita bertaubat, meninggalkan segala laranganNya. Lakukan apa yang disuruh. Apakah kita tidak rasa malu apabila tibanya bulan yang penuh barakah, kita masih lagi menongkat langit, bangga dengan maksiat yang dijaja. Tinggalkanlah masa silam yang kelam kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang. Jangan tunggu sakit dah menggigil baru nak ingat Allah, masa tu nikmat taubat pun tak dapat kita kecapi. Namun, itu semua hak Allah. Hak sebagai hamba adalah memohon ampunan kepada Allah dan bertaubat atas segala khilaf dan salah.

Jangan malu untuk bertaubat kerana Allah tidak pernah menolak permohonan dan penyesalan seorang hamba.

Jangan berhenti beristighfar agar Allah tahu kesungguhan kita untuk berubah dari sehari ke sehari.


Apa Itu Taubat Dan Syarat-Syaratnya


Pada pendapat ulama, maksud taubat adalah seperti berikut;

⏺ Menurut riwayat Ibnu Abbas RA, taubat nasuha ialah sesal dengan hati, istighfar dengan lidah, buang perlakuan maksiat dengan tubuh badan dan berazam tidak kembali semula dengan dosa dan maksiat yang dilakukan sebelum ini.

⏺ Imam al Ghazali : Pembersihan dan penyucian hati daripada dosa

Apa Itu Taubat Dan Syarat-Syaratnya

⏺Zu al-Nun al-Misri : Taubat orang awam adalah taubat dari dosa sedangkan taubat orang alim adalah taubat dari lalai

⏺ Sahl bin Abdullah : Meninggalkan anganan yang mendatang

Syarat-syarat taubat;


1. Menjauhi dan meninggalkan dosa dengan sukarela

2. Menyesal kerana telah melakukan dosa tersebut

3. Berazam dan bertekad untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Semoga bermanfaat. 

#Penafian:❤:
Aynorablogs.Com - Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
Tags:

Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!