Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khasiat Buah Mulberry

Khasiat Buah Mulberry. Buah mulberry antara jenis berry yang mudah ditanam. Saya tengok kawan saya tanam di tepi office kami dari bertunas hinggalah berbuah. Daunnya lebar. Pokoknya rendah je, tapi buahnya agak lebat. Ketika dah berbuah, kami akan petik ketika buahnya berwarna merah. Kemudian kami peram hingga buahnya bertukar warna hitam. Masa ni lah mulberry dah manis rasanya. Kalau masih warna merah, mulberry rasanya masam.

Ada juga yang buat ais krim dan jelly dengan buah mulberry ni. Kalau nak dijadikan bahan perisa makanan, tak perlu tunggu masak pun tak apa. Memang sedap buah mulberry bila dipelbagaikan.

Khasiat Buah Mulberry

Buah mulberry.. nampak tak yang warna merah tu.. yang itu rasanya masam. Yang dah hitam pula rasanya manis. Cuci bersih terus makan, segar sangat.

Khasiat Buah Mulberry


Khasiat Buah Murlberry


Buah mulberry atau ditulis juga sebagai mulberi, ada banyak khasiatnya. Jom lihat senarai khasiat buah mulberry yang saya share dari sumber ini.

Antara khasiat mulberry adalah:

1. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.

2. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

3. Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.

4. Buah mulberi juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit.

5. Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua.

6. Buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.

7. Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juga mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan.

Buah mulberry yang sudah matang. Boleh dipetik
Dan dimakan. Tapi agak masam. 

8. Buah mulberi ini juga sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja dengan cara mengambil jus mulberi.

9. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa , sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. Ubat kebas tangan dan kaki.

10. Daun mulberi pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah.

11. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut.

Semoga perkongsian tentang khasiat buah mulberry ni boleh memberikan manfaat kepada kita dan juga info baru tentang buah yang sama spesis dengan strawberry ini. Jadi, kita dah tahu, bukan daunnya saja ada khasiat tetapi buah mulberry tu sendiri mengandungi khasiat yang banyak.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close