Perkara-Perkara Membatalkan Puasa, Usah Buat-Buat Lupa Ya!

Aynora
By -
1
Perkara-Perkara Membatalkan Puasa, Usah Buat-Buat Lupa Ya! Bulan ramadhan dah dekat sangat ni, tak sabar nak berpuasa dengan bersungguh-sungguh, dengan sempurna.. dan lebih baik dari tahun yang lepas-lepas. Dalam usaha nak lengkapkan puasa dengan sempurna, kita kena ada ilmu dan selalu membaca untuk memperbaiki mana yang kurang.

Dalam entri kali ini, mari kita ketahui perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dalam perbuatan kita sehari-hari.

Perkara-Perkara Membatalkan Puasa, Usah Buat-Buat Lupa Ya!


Jom kita tambah ilmu sama-sama. Perkongsian dari facebook Datuk Dr Zulkefli Mohamad alBakri, Mufti Wilayah Persekutuan.

Perkara-Perkara Membatalkan Puasa, Usah Buat-Buat Lupa Ya!

1. Makan dan minum, sedikit atau banyak

2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan

3. Muntah dengan sengaja

4. Bersetubuh di siang hari

5. Mengeluarkan air mani

6. Keluar darah haid atau nifas

7. Gila atau murtad

Walau ilmu atau info ni nampak ringan, tetapi sebenarnya kita telah pun diajar dari sekolah rendah lagi. Asas berpuasa dan perkara yang membatalkannya.

Bulan puasa adalah untuk kita, samada kita puasa kena paksa, ikhlas dan sebagainya.. ia adalah untuk kita. Banyak fadhilat berpuasa yang kita kena hadamkan agar kita sedar untuk melakukannya secara istiqamah dan penuh kesabaran. Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.

Semoga bermanfaat.

#Penafian:❤:
Aynorablogs.Com - Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!