Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Dapat Duit Raya Dari Tudung SiComel Sebagai Ejen Affiliate

Dapat Duit Raya Dari Tudung SiComel Sebagai Ejen Affiliate. Lama dah tak cerita perihal part time job saya sebagai ejen affiliate kepada beberapa produk. Sebelum ini ada entri saya share pasal income dari beberapa syarikat kerana peranan saya menjadi affiliate marketer kepada produk mereka.

Antara affiliate marketer yang pernah saya buat dan dapat income beratus atau beribu adalah daripada Tudung Sicomel, Sweet Muslimah, Bookcafe, Adsterra, Mobicow dan banyak lagi.

Kalau nak lebih banyak produk anda boleh jadi affiliate marketer kepada Lazada. Yang ni lebih banyak produk dan prospek. Kalau nak dapat part time income, cubalah...

Dapat Duit Raya Dari Tudung SiComel Sebagai Ejen Affiliate


Nak tahu berapa saya dapat,? Alhamdulillah... ada lah rezeki untuk beli tudung dan baju raya iaitu sebanyak RM167.60.

Dapat Duit Raya Dari Tudung SiComel Sebagai Ejen Affiliate

Gambar atas tu adalah income terkini yang saya dapat. Namun jika dilihat dari history, last saya dapat payment adalah pada tahun 2017 kerana waktu itu blog saya hadapi masalah, kena serangan virus. Tak dapat nak aktif dan banyak yang saya block dari masuk ke blog.

Habis cerita "sedih" tu kat sini!😢😢😢

Mesti ada yang nak tahu, macam mana boleh dapat "duit raya" tu kan? 

Caranya amat mudah. 

Anda daftar dengan Tudung Sicomel sebagai ejen affiliate. Permulaan daftar je anda dah boleh terima komisen sebanyak RM30, sebagai saguhati menjadi affiliate marketer dia orang.

Dah berjaya daftar, dengan ID affiliate tu anda dah boleh mula promosi produk mereka. Cara nak promosi? Mudah saja dik caranya. Ambil banner yang disediakan, paste kat mana-mana anda suka seperti;

● di blog
● promosi di facebook
● di instagram
● whatsapp group 

Dan sebagainya.. 

Sebagai ejen affiliate, kerja anda tak susah. Selepas letak banner produk dalam blog dan sebagainya, anda cuma kena promote dan share kelebihan produk tersebut. Mudah kan?

Dapat Duit Raya Dari Tudung SiComel Sebagai Ejen Affiliate

Semoga dengan paparan screen di atas menimbulkan semangat kepada anda di luar sana yang nak jana income pasif dari Tudung Si Comel dan sebagainya.

Sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya cuma yang bezanya adakah usaha tersebut dilakukan secara sepenuh hati atau hangat-hangat yahi ayam.. begitulah hasil yang anda akan dapat.

Okay.. selamat berjaya sebagai ejen affiliate ya!😎

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close