Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kuih Muih Seperti Kuih Dangai Dan Kuih Sagu Pilihan Berbuka Puasa

Kuih Muih Pilihan Berbuka Puasa. Dalam menu utama ketika ramadan, saya mesti nak ada kuih muih sebagai juadah berbuka. Kalau tak sempat buat, saya akan beli je..

Hari ni sempatlah saya membeli kuih muih tradisional seperti kuih sagu, kuih dangai, kek moist, popiah sira sambal dan donat gebu gebas. Alhamdulillah.. semua kuih sedap-sedap belaka. Cukup rasanya.

Kuih Muih Seperti Kuih Dangai Dan Kuih Sagu Pilihan Berbuka Puasa

Nampak kuih dangai tu.. rasanya rangup. Terutamanya kelapa parut tu, krup krap dalam mulut. Saya rasa dia guna bakar yang atas bawah tu la.. sedap sangat. Lain kali boleh beli lagi..



Kuih Muih Pilihan Berbuka Puasa


Bila pergi bazaar ramadan dah jadi rambang mata. Kalau ada kuih muih berpuluh warna, semua nak dibeli. Sebab... semua nampak sedap.


Tapi saya tak lah begitu teruk, kalau beli semua siapa yang nak makan? Jadinya, saya hanya pilih beberapa warna iaitu merah, hitam, coklat, merah dan kuning. Kuning ke donat tu?? Hehe..

Bila dapat makan kuih dangai, rasa macam hilang dah keinginan nak memakannya.. dapat sekali rasa dalam bulan ramadan ni cukup dah. Jika pada bulan- bulan biasa punyalah susah nak jumpa. Bila tiba ramadan, semua kuih muih legend akan timbul.

Tapi, janganlah kalah memakai menang berbelanja.. beli kuih tak ingat dunia, belilah jika anda terasa nak makan. Bukan beli kerana warna dan kecantikannya.. kegebuan kuih muih tersebut. Cantik di luar tak bermakna sedap juga rasanya! Ingat tu..

Semoga kita semua elakkan pembaziran, dan beli makanan jika perlu je. Jika tidak, baik jangan beli kerana ditakuti berlaku prmbaziran jika tak dimakan. Diharapkan kita semua mendapat puasa yang sempurna dan diterima oleh Allah SWT.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close