Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

4 Sebab Orang Menjadi Sombong

4 Sebab Orang Menjadi Sombong. Siakap senohong gelama ikan duri. Bercakap bohong lama-lama mencuri. Dah mencuri tak apa, lepas tu ada perangai yang tak elok iaitu sombong. Orang sombong memang tak disukai. Jadi bahan umpatan je. Kita yang mengumpat pun kena tempias, dia yang sombong pun dapat ganjaran dosa, terputus hubungan silaturrahim. Kan tak bagus tu..

Sebab itu, jangan sombong walau di mana pun kamu berada, walau siapa pun kamu. Kerana.. sombong itu merugikanmu. Sombong menjauhkan kamu dari rakan dan sahabat dan saudara mara. Sombong menyebabkan orang lari dari kamu. Pada satu masa dan ketika, bila Allah uji dengan musibah.. siapa yang akan menolongmu? Adakah binatang peliharaan? Tidak mungkin bukan? Oleh itu, jauhi kesombongan..

Sifat merendah diri dalam apa jua yang kamu lakukan, akan mendekatkan kamu dengan kasih sayang dan ketenangan hidup.

4 Sebab Orang Menjadi Sombong

4 Sebab Orang Menjadi Sombong


1. Bila bertambah kaya

Asalnya dahulu susah dan miskin. Tetapi hubungan dengan sahabat dan rakan baik dan akrab. Bila perniagaan bertambah maju, mula beli rumah dan kereta besar.. hilang semua kemesraan. Hidup semakin sombong menongkat langit. Begitulah resam dunia..  

2. Bila bertambah atau meningkatnya kedudukan

Bila seseorang mendapat kedudukan yang tinggi dalam syarikatnya, bergaul dengan orang yang berpangkat saja. Yang kuli dan orang bawahan, tak bertegur sapa lagi. Inilah antara punca orang menjadi sombong.

3. Bila bertambah ilmunya

Bila bertambah ilmu, semakin tinggi pencapaian.. kedoktoran.. semakin kita membongkak, anggap orang lain tak pandai. Pergi ke mana saja, buat urusan kat mana pun, dia aje yang betul. Orang macam ni malas nak layan, kalau ada pun biarkan je dia terjun dengan labu-labunya.. hehe

4. Bila bertambah amal ibadatnya

Contoh... kata orang yang belum ke masjid, kata orang tu belum dapat hidayah.. masa ni lah syaitan mula menghasut. Konon mereka yang jadi ahli masjid, merekalah paling alim, warak dan sebagainya. Jangan begitu.. kerana mungkin ada sebab tertentu seseorang tu tak ke masjid. Bersangka baik.. lain kali ada kesempatan kita ajak perlahan-lahan. Bukan sisihkan mereka..

Semoga perkongsian di atas dapat menambahkan manfaat hidup kita kepada orang lain dan menjadi manusia yang lebih baik dalam segala aspek kehidupan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close