Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Daging Masak Rendang Cili Hijau Sedap Sangat!!

Resepi Daging Rendang Cili Hijau.. kalau tak pernah dengar agak pelik kan? Biasa kita dengar cili padi. Tapi kali ni cili hijau. Sebenarnya lebih kurang sama je, memang kena letak kedua-dua cili tersebut. Nanti warna rendang bila dah masak berwarna hijau. Kalau yang tak tahan pedas, kurangkan cili padi ikut kesesuaian. Saya pun mula pandai makan rendang cili padi bila bercampur dengan my friend dari Melaka. Dah biasa buat rendang cili padi, katanya. Lepas dari itu, selalu request time majlis hari raya kat opis. Best sangat!!

Resepi Daging Masak Rendang Cili Hijau Sedap Sangat!!
Gambar rendang cili hijau
Dari blog Yatie memories - tq
Sumber facebook

Resepi Daging Masak Rendang Cili Hijau

(Sumber asal: Yatie Memories)

Jom tengok resepinya dan bahan-bahan yang digunakan untuk masak rendang daging cili hijau.

Bahan-Bahan

1 kg daging batang pinang
250 ml santan
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula melaka
2 keping asam gelugor
2 batang serai-di ketuk
2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus
1/2 cawan minyak utk menumis
sedikit air jika perlu

Bahan Kisar: 

4 batang serai-hiris halus
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
30 biji cili padi hijau
5 tangkai cili hijau
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih

Cara Memasaknya yang begitu mudah!


1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan serai yg di ketuk.
2. Kemudian masukkan daging dan kacau hingga rata. Masukkan sedikit air dan biarkan daging sedikit empuk. Guna api sederhana je masa ni. 

3. Selepas itu masukkan santan, kerisik, asam gelugor, gula melaka dan garam secukup rasa.
Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. 

4. Masukkan daun kunyit. Bila cukup kering, bolehlah diangkat. 

Sedia untuk dihidangkan. Sedap di makan bersama nasi impit dan pulut kuning.

**Kalau guna daging biasa, mestilah direbus dahulu hingga empuk, kemudian toskan airnya dan bolehlah di masak seperti biasa. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close