Header Ads

Contoh-Contoh Soalan Ujian Kelayakan Sekolah Berasrama Penuh UKSBP1


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Contoh-Contoh Soalan Ujian Kelayakan Sekolah Berasrama Penuh UKSBP1
Contoh-Contoh Soalan Ujian Kelayakan Sekolah Berasrama Penuh UKSBP1. UKSBP1 adalah untuk pelajar tingkatan 1 yang memohon memasuki sekolah berasrama penuh. Dijalankan mulai 14 Oktober 2019 hingga 18 Oktober 2019 di beberapa pusat temuduga yang ditetapkan.

Contoh-Contoh Soalan Ujian Kelayakan Sekolah Berasrama Penuh UKSBP1


Soalan-soalan UKSBP berasaskan kepada IQ, EQ dan SQ dan pengetahuan am.

⏺ SQ mengukur kemampuan jiwa dalam menangani kehidupan seharian
⏺ EQ mengukur kemampuan emosi sendiri dan terhadap orang lain
⏺ IQ mengukur kemampuan intelektual, rasional dan logik
⏺ SSQ mengukur kemampuan rohani individu

Soalan terbahagi kepada 5 komponen:

A. IQ : 10 SOALAN
B. EQ : 10 SOALAN
C. SQ : 10 SOALAN
D. SSQ : 10 SOALAN
E. Pengetahuan Am : 10 SOALAN

JUMLAH : 50 SOALAN

Nota: Komponen di atas adalah daripada UKSBP ambilan tahun 2019 dan tertakluk kepada perubahan daripada KPM untuk ambilan tahun 2020.

Contoh-Contoh Soalan Ujian UKSBP1


Sebagai panduan, di bawah ini adalah contoh-contoh soalan yang boleh ditanya. Semoga buat sedikit persediaan ya adik-adik..

1. Labu sayong asal dari negeri mana? - Negeri Terengganu

2. Adat perpatih negeri mana - Negeri Sembilan

3. Siapa pencipta jalur gemilang - Allahyarham Mohamed bin Hamzah

4. Produk keluaran proton - kereta.. wira, persona, perdana, X50, X70, Preve, waja, Exora, Iriz, Aruz

5. Tindakan jika dibuli kawan - buat aduan kepada guru kelas, dan ibubapa

6. Tindakan jika adik koyakkan kerja sekolah anda - nasihatkan adik dengan cara lembut dan beritahu ibubapa

7.Siapa pengasas facebook - Mark Zuckerberg

8. Tindakan jika rakan facebook ajak temujanji - menolak dengan baik dan ceritakan pada ibubapa

9. Orang yang pertama menjejakkan kaki ke angkasa lepas - Neil Amstrong

10. Namakan bapa pemodenan Malaysia - Dr. Mahathir Mohamad

11. Huraikan tentang fotosintesis - proses tumbuhan membuat makanannya sendiri melalui air, klorofil, karbon dioksida dan cahaya matahari.

12. Kalau bising, ketua kelas dan murid kena buat apa? - ketua kelas beri arahan suruh senyap, duduk di tempat masing-masing. Murid pula kena beri kerjasama dengan berhenti buat bising

13. Apakah nama tasik yang terkenal di Terengganu? - Tasik Kenyir

14. Muzik dan lagu untuk negeri, contohnya Dondang Sayang - Negeri Melaka

15. Wau dari negeri mana? - Kelantan

16. Pulau Pangkor terletak di mana? - Perak

17. Kaum terbesar di Sabah? - Kaum Kadazandusun

18. Gelaran buat jaguh lumba basikal negara - The rocket pocketman

19. Nama pemain bolasepak Spanyol - Nacho, Sergio Ramos

20. Soalan-soalan berkaitan tinggal di asrama - Sidai pakaian di mana, berapa kali seminggu cuci pakaian kotor, waktu tidur pukul berapa dan sebagainya.

21. Tarikh penubuhan Malaysia - 16 September 1963

22. Matematik : operasi bergabung, nisbah, Sudoku

23. Kalau rindu ibubapa apa perlu buat - telefon, tulis surat, hantar mesej

24. Kalau kawan bergaduh apa tindakan anda? - memberi nasihat dengan baik-baik dan beritahu guru displin

25. Apakah nama ibu negara Malaysia - Kuala Lumpur

26. Le Tour De Langkawi - Sukan berbasikal

27. Kalau tak sesuai duduk di asrama, nak buat apa? - minta nasihat guru dan ibu bapa dan berikan sebab mengapa tak sesuai

28. Kawan-kawan tak suka dengar ceramah, apa tindakan anda? - Nasihati kawan dengan baik dan cerita faedah ceramah tersebut kepada kita

29. Kalau sepak bola terkena tingkap, apa tindakan anda? - Meminta maaf dan mengakui kesilapan anda

30. Siapakah pengasas Apple? - Steve Jobs

Penafian: Jawapan yang diberikan adalah sekadar panduan, anda boleh memberikan jawapan sendiri kepada soalan pengetahuan am, menguji emosi dan sebagainya. Harap maklum.

Itulah antara contoh-contoh soalan UKSBP yang boleh dijadikan panduan kepada para pelajar yang bakal menduduki ujian temuduga kemasukan ke SBP.

Semoga berjaya.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.