Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

11 Makanan Kegemaran Rasulullah, Apakah Rahsia Disebaliknya?

Makanan kegemaran Rasulullah saw  yang boleh kita amalkan. Apa saja hal yang berkaitan dengan rasul kesayangan kita, semampu mungkin kita kena ikuti. Jadi ia dinamakan sunnah rasul. Hidup mestilah berpandukan al Quran dan sunnah. Betul tak? Tak mengapa jika kita belum mampu menuruti semuanya namun kita kena berusaha untuk ke arah itu.

Makanan kegemaran rasulullah ada banyak dan kebanyakannya adalah makanan berbentuk bijirin dan mengandungi banyak serat. Apakah rahsianya hinggakan rasulullah suka makanan tertentu? Jom semak kupasan ringkas di bawah tentang makanan kegemaran rasulullah saw.

11 Makanan Kegemaran Rasulullah, Antaranya Kita Pun Suka


Di bawah ini adalah senarai makanan kegemaran rasulullah. Dan sempena bulan kelahiran rasulullah iaitu Rabiul Awwal, apa kata kenali lagi dengan lebih dekat tentang rasulullah kesayangan kita ini.

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

11 Makanan Kegemaran Rasulullah, Apakah Rahsia Disebaliknya?

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.” 

Wallahullam.

Insya Allah bermanfa'at.
Allahumma sholli 'ala Sayyidina Muhammad, wa'ala a'limmuhammad
#SelawatSelalu

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close