Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sinopsis Drama Satukan Rasa Khai Bahar Dan Nana MegaDrama Astro

Sinopsis Drama Satukan Rasa Khai Bahar Dan Siti Nordiana Mega Drama Astro. Dah lama saya tak story pasal drama melayu kat dalam blog ini. Tapi entah macam mana saya terfollow satu drama kat Astro yang kini sedang hangat ditayangkan dan membawakan kisah yang agak rare iaitu tentang penghidap anxiety.

Secara ringkas, seseorang yang diserang anxiety atau mirip ‘panic attack’ akan berasa sukar bernafas, sakit dada, pening, berpeluh-peluh, menggigil, jantung berdebar, sakit perut dan lemah tubuh badannya. Itulah tema yang cuba dibawakan oleh drama Satukan Rasa. 

Info Drama Satukan Rasa:

Disiarkan sebanyak 20 episod, drama Satukan Rasa akan mula ditayangkan pada 4 November ini di slot MegaDrama Astro Ria. Terbitan produksi Suhan Movies & Trading, skrip Puovin & Tommy Loh dan arahan Hadith Omar.


Sinopsis Drama Satukan Rasa Khai Bahar Dan Nana Mega Drama Astro


Sinopsis Drama Satukan Rasa Khai Bahar Dan Nana MegaDrama Astro

Drama Satukan Rasa gandingan hebat antara penyanyi hebat dan berbakat besar iaitu Siti Nordiana dan Khai Bahar. 

Sinopsis Satukan Rasa


Drama melayu ini mengenengahkan kisah anxiety disorder yang dialami oleh seseorang dan cara mengatasinya jika kita adalah salah seorang penghidapnya. 

Kisah Indah (Nana), seorang balu sedang selesa menjalani hidupnya sebagai pekerja servis party. Indah pernah menjadi seorang penyanyi terkenal dulu, namun doa terpaksa masuk semula dalam industri musik tanah air apabila dia dipadankan untuk membantu Jai (Khai Bahar) penyanyi viral yang mempunyai masalah gemuruh.

Kesian jugak kisah jai, dia gemuruh dari zaman sekolah. Sampai dia kolej pun sama jugak, kena buli apa semua. Namun dia tidak patah semangat.

Selepas menjadi PA Jai, Indah secara tak langsung telah melatih Jai menjadi penyanyi yang baik dan yang peliknya gemuruh Jai akan hilang bila berada bersama Indah. 

Dapatkah Indah membawa Jai ke tahap yang lebih tinggi dan dalam masa yang sama cuba move on daripada bayang dan kenangan bersama arwah suaminya, Amir? 

Jangan lupa saksikan drama Satukan Rasa yang mengandungi banyak mesej positif yang boleh kita jadikan panduan hidup. 

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close