Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Eng's Homemade Pop Corn Yang Lemak Manis Terbaik

Eng's Homemade Pop Corn Yang Lemak Manis Terbaik. Pernah beli pop corn kat panggung wayang? Ala.. yang ada saiz kecil besar atau jumbo tu? Sedap kan? Kalau anak dan ahli keluarga ramai, memang tak cukup beli satu je, kena beli lebih jawabnya. Betul tak? Lagi satu, takkan nak kena pergi ke panggung wayang semata-mata nak makan pop corn dia yang sedap tu. 

Ha.. saya ada penyelesaianhya. Saya dah ada port baru yang boleh beli pop corn sedap macam kat GSc dan sebagainya. Nak tahu? Saya beli kat mana? Apa nama pop corn tu? Jeng! Jeng! Macam kat bawah ni..

Eng's Homemade Pop Corn Yang Lemak Manis Terbaik 


Saya baru balik isi minyak kat Petronas. Since anak bujang kecil saya nak air, saya pun masuk dalam kedai Mesra dan melilau mencari air permintaan si kecil tadi.

Mata terpandang pop corn yang agak besar saiznya dan warna keemasan gitu..

Eng's Homemade Pop Corn Yang Lemak Manis Terbaik

Penutup balang pun kedap udara. Kalau makan tak habis, boleh simpan sampai bila-bila. Hehe..

Eng's Homemade Pop Corn Yang Lemak Manis Terbaik

Inilah pop corn homemade wajah dan bentuknya. Dalam balang tinggi seberat lebih kurang 300gm dengan harga RM17 sebalang. Memang sedap you all.. saya kalau beli mesti lebih dari satu. Tak nak kongsi memasing.. hehe, sebab sedap sangat.

Saya tulis ni bukan di bayar ya tuan puan.. sebab terniat nak share kerana kelazatannya dan juga harganya yang agak murah. 



Nak beli kat Shopee pun boleh, harga beza-beza. Dengan berat yang sama, saya beli kat ruang legar KDN harganya RM20.




Kami dah berkenan betul dengan Eng's Pop Corn ni tau. Caramel dia penuh, dengan lemak manis. Bentuk dia bulat padu, tak macam pop corn biasa yang leper dan ada kala kosong je isi dia kan..

Eng's Homemade Pop Corn Yang Lemak Manis Terbaik


So, siapa berminat pergi je mana-mana petronas terutamanya di Johor  yang ada jual. Kalau tidak, cari kat Shopee. Hehe.. memang terbaik Eng's pop corn homemade. Tak rugi pun beli jika anda seorang penggemar pop corn caramel macam kat panggung wayang tu.. 

Semoga bermanfaat.

 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close