Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Life Goes On Buku Motivasi Inspirasi Dari Siti Nordiana

Life Goes On Buku Motivasi Inspirasi Dari Siti Nordiana. Saya memang penggemar buku inspirasi motivasi dan juga novel-novel cinta pembangun jiwa. Berapa harga pun saya akan beli, insya Allah. Dan, yang mudah diperolehi la.. haha.. kalau suka tapi buku dah tak ada stok, nak cari mana kan?? Baru-baru ini saya terbaca tentang satu buku best seller dari website Popular. Rupa-rupanya ia tulisan dari penyanyi comel bernama Siti Nordiana. Then, search kat Google banyak review positif tentang buku ini. Lagipula, penerbit buku tersebut Must Read Sdn Bhd ada buka pre order bagi bulan Januari. Saya pun buat payment sekitar pertengahan Disember hari tu..

Life Goes On Buku Motivasi Inspirasi Dari Siti Nordiana
Kulit buku autobiografi
Life Goes On

Life Goes On katanya kisah benar dan liku-liku kehidupan Siti Nordiana yang bergelar artis pada usia yang amat muda iaitu ketika berumur 15 tahun. Wow!! Memang mengagumkan.. pada usia semuda itu dah menceburi kerjaya yang penuh onak duri.

Life Goes On Buku Motivasi Inspirasi Dari Siti Nordiana


Buku Life Goes On saya selamat terima pada 28 Januari 2020. Tak tebal dan nipis, sederhana dengan kulit buku yang agak berkualiti. Tak sabar nak baca.. 

Dalam beberapa bab awal, Nana bercerita kisah masa kecilnya dan perjalanan mula dirinya terlibat secara langsung dalam industri hiburan. Semuanya adalah atas jasa ibu dan ayahnya yang tersayang. 

Bagaimana dia disisihkan oleh rakan sebaya hanya kerana dalam usia muda beliau telah dikenali ramai dan jarang ke sekolah kerana banyak menghadiri undangan show.

Pernah rasa give up, memberontak, dan bosan dengan apa yang dilakukan namun mengenepikan semua itu demi melihat kesungguhan ayah tersayang yang yakin dan percaya kepada kebolehannya.

Life Goes On Buku Motivasi Inspirasi Dari Siti Nordiana

Buku Life Goes On telah diiktiraf sebagai buku umum terbaik dalam Anugerah Buku Negara pada tahun 2019. Dan pada tahun 2020, menyaksikan buku autobiografi Siti Nordiana ini telah diulang cetak untuk kali kedua. Kali pertama buku ini diterbitkan adalah pada tahun 2018.

Menyelusuri buku Life Goes On dan hinggalah ke kulit belakang, saya puas hati dengan garapan kisah perjalanan anak seni bernama Siti Nordiana.

Popular, tetapi masih belum matang kemudian berumahtangga. Dalam usianya masih muda, beliau telah pula dilukakan dan ditinggalkan. Lalu memangku jawatan yang paling perit iaitu ibu tunggal setelah rumahtangganya cuma bertahan beberapa tahun sahaja.

Kemudian bangkit semula demi kekuatan membesarkan seorang anak lelaki, menyertai Gegar Vaganza 2 telah merubah kehidupannya semula. Peluang popular kembali setelah tenggelam dalam dunia seni. Kebangkitan semula ini telah menyedarkan Siti Nordiana bahawa hijrah hidup yang dipilih telah membukakan pintu rezeki yang melimpah ruah kepadanya.


Sedutan dari buku Life Goes On yang menitipkan kata-kata motivasi dan inspirasi buat wanita yang berdikari di luar sana.


Benarlah janji Allah, jika kita mengejar akhirat... dunia dan isinya pula akan mengejar kita. Dua-dua kita dapat, dunia dan akhirat. Alhamdulillah..

Nak baca buku ini ? Anda boleh order terus dengan Must Read Sdn Bhd. Hanya dengan ruangan whatsapp dah boleh order buku Life Goes On oleh Siti Nordiana. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close