Setelah dekat 1 bulan tak cuci betul-betul BK saya ni, hari inilah masanya saya bagi dia mandi dengan sempurna. Kalau cuci sendiri kat rumah, saya buat ala kadar saja. Vacuum dalam kereta pun malas. Haha..
Cuci Black Knight Kesayangan Biar Berkilat
Maka pada cuti hari Thaipusam ni saya merajinkan bawak my Black Knight ke car wash. Kasi bersih dan wangi.

Sedang menunggu giliran nak di vacuum. Manalah tahu ada sarang semut dalam kereta tu, sebab anak bujang kecil ni suka tumpahkan air manis. Dah cakap banyak kali pun masih berulang.


Masih berbaris lagi tunggu nak di mandikan. Sabar ya..

Peringlat terakhir, vacuum.. lap mana yang patut kasi kering dan macam-macam la. Tapi mata ni dah mengantuk dok menunggu dekat 1 jam. Kereta banyak beb... almaklum hari cuti am.


Yeayyy!! Siap dah. Black Knight saya dah berkilat dan wangi. Tapi cuaca macam nak hujan. Dalam hati berdoa biarlah saya dan Black Knight ni sampai rumah dulu..
Okay bye, sekadar coretan santai alkisah saya dengan Black Knight kesayangan. 3 tahun bersama.. many years to come.. 🤩🤩🤩
Okay bye, sekadar coretan santai alkisah saya dengan Black Knight kesayangan. 3 tahun bersama.. many years to come.. 🤩🤩🤩

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.