Header Ads

Resepi Dan Video Masakan Sagu Gula Melaka Paling Sedap


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Resepi Dan Video Masakan Sagu Gula Melaka Paling Sedap
Resepi Sagu Goyang Gula Melaka. Sagu goyang ni kuih apa? Haha.. dessert la sayang-sayang semua. Biasa kita makan yang ada kuah gula melaka dan santan, sagu warna warni.. lebih sedap bila makan setelah disejukkan dalam peti ais.

Biasanya kami jumpa sagu goyang gula melaka ketika bulan puasa. Banyak dijual di bazaar ramadan. Puasa pun tak lama lagi ni, dah boleh lah kita kumpul resepi untuk menu berbuka puasa nanti. Hehe..

Resepi Dan Video Masakan Sagu Gula Melaka Paling Sedap

Resepi Sagu Goyang Gula Melaka


Bahan-bahan:

500 gram sagu @ 1 cawan sagu
200 gram gula kabong/ gula merah
Dàun pandan
Susu cair / santan
Sedikit garam
Gula pasir

Cara membuatnya:

1. Didihkan air. Kemudian baru masukkan sagu. Rebus sagu dengan air yang banyak, sehingga tak nampak sagunya, jadi jernih. Itu tanda sagu dah masak. Basuh sagu yang sudah dimasak tadi. 

2. Toskan air sagu guna tapis besar, letakkan sagu dalam 2 - 3 bahagian, campur dengan pewarna kesukaan. Sejukkan dalam peti ais.

3. Masak gula merah dengan 3 gelas air, 2 sudu besar gula pasir dan masukkan daun pandan. Kemudian tapis.

4. Kalau guna santan, masak dulu santan campur 1 cawan air dengan daun pandan dan sedikit garam. Kacau sampai masak.

4. Akhir sekali, masukkan santan/ susu cair ke dalam sagu bersama dengan air gula melaka tadi.



Wow!! Nampak sedap kan? Jom kita cuba ramai-ramai dan boleh tonton video di bawah untuk cara membuatnya ysng agak mudah je.

Nota:

1. Nak rendam dulu sagu tu boleh, tapi jangan lama sangat, nanti jadi bubur sagu.

Video Cara Masak Sagu Gula Melaka



Yummy!! Sedapnya... tak tertahan melihatnya. Lagi-lagi bila buat dalam bulan puasa, memang tak sabar tunggu waktu berbuka.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.