Dalam perkongsian kali ini, saya nak nengajak anda semua untuk sedar dan ambil tahu tentang serangan jantung, punca-puncanya dan gejala yang boleh dilihat terhadap seseorang yang terkena serangan jantung ini. Sila baca sampai habis ya..
Penyakit Jantung Tanda Awal Dan Cara Merawatnya
Serangan sakit jantung berlaku apabila salur darah jantung menjadi sempit. Penyempitan ini berlaku kerana dinding sebelah dalam saluran darah diselaputi lemak terutamanya kolesterol, maka ada bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi.

Punca serangan jantung
- merokok
- tekanan perasaan
- kurang bersenam
- kandungan lemak dalam badan yang tinggi
- darah tinggi
- diabetes/ kencing manis
- keturunan
- faktor umur yang meningkat (35 tahun ke atas)
Gejala serangan jantung
1. Rasa sakit dada - bahagian kiri atau tengah dada yang menular ke bahu, lengan kiri, leher, dagu dan belakang badan
2. Sesak nafas - badan keletihan, badan berpeluh dan kadangkala terasa loya
3. Jantung berdebar - pitam/ pening. Kadangkala sakit di ulu hati sebagai gejala utama
Peringatan;
- Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor di bahagian klinik kesihatan dengan kadar segera
- Pemeriksaan fizikal yang teliti perlu dijalankan termasuk pemeriksaan tekanan darah anda. Pemeriksaan dada dan beberapa ujian lain yang difikirkan perlu seperti ECG dan Xray dada.
Sumber: kementerian kesihatan malaysia

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.