Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Senarai Doa Yang Boleh Dibaca Ketika Wabak Covid-19 Menurut Sunnah

Senarai Doa Yang Boleh Dibaca Ketika Wabak Covid-19. Dunia sedang berduka! Wabak Coronavirus yang kini dikenali sebagai Covid-19 mula dikesan pada bulan Disember 2019 dan dikatakan berasal dari satu daerah di China yang dipanggil Wuhan. Pada mulanya ada juga yang memanggil wabak ini sebagai "Wuhan Virus".

Namun dalam waktu yang amat singkat, Covid-19 telah merebak ke seluruh dunia hinggakan WHO mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemic. Apa maksudnya? Kena rajin Google ya adik-adik..

Senarai Doa Yang Boleh Dibaca Ketika Wabak Covid-19


Kini, seluruh dunia sedang dilanda musibah wabak Covid-19 dengan peningkatan kes baru yang mendadak saban hari. Sebagai makhluk Allah yang beriman, dan percaya kepada kekuatan doa kepada Sang Pencipta wabak ini, sama-samalah kita amalkan doa-doa di bawah dengan khusyuk dan tawaduk.

1. Ya Allah, aku memohon kepada Mu keselamatan di dunia dan akhirat.

Senarai Doa Yang Boleh Dibaca Ketika Wabak Covid-19 Menurut Sunnah

2. Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta.


3. Ya Allah, aku berlindung dengan Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.


4. Ya Allah, jauhkanlah aku daripada kemungkaran akhlak (akhlak-akhlak yang keji, mengikut hawa nafsu,) keadaan yang buruk dan penyakit yang berbahaya.


5. Dengan nama Allah yang dengan namaNya tidak ada satupun, yang dapat memberi kemudaratancdi bumi mahupun di langit. Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Senarai Doa Yang Boleh Dibaca Ketika Wabak Covid-19 Menurut Sunnah

Semoga perkongsian doa-doa yang boleh di baca ketika Covid-19 samada dalam rumi atau jawi, dapat memberikan manfaat yang luas kepada pembaca blog ini khasnya.

Sama-samalah kita mengangkat tangan berdoa dan bertaubat terhadap segala kemungkaran, maksiat dan sebagainya yang mungkin membuat Allah murka.

Masya Allah, tabarakallah..

Sumber doa dan gambar : Asaltizah IKRAM Selangor

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close